3 Tempat Makan Best Western Di Balik Pulau, Pulau Pinang

| June 10, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Balik Pulau, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Lazimnya jika kita berkunjung ke sesuatu tempat atas sebarang urusan, antara perkara yang boleh dikatakan penting juga adalah kat mana nak makan, nak makan yang best-best, sedap dan kalau boleh murah.

Jangan risau, disini kami memberikan pilihan tempat makan best western di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kenapa tidak untuk mencuba kalau dekat dengan tempat penginapan kan? Mari jamu mata dengan 3 tempat makan best di Balik Pulau, Pulau Pinang.

1. BOB BIGGER BITE

Kalau anda berkunjung ke Balik Pulau atau tinggal dikawasan situ, rugi rasanya jika tidak pernah mencuba masakan di Bob Bigger Bite ini. Penggemar burger dan masakan western memang kena mencuba masakan di restoran ini. Memang ramai cakap makanan disini sedap dan mengiurkan.

Ada pelbagai menu masakan ala barat disediakan disini, yang popular disini Burger Grilled Chicken ft. French Fries, tengok saja pun dah buat kita kecur liur. Harga setiap hidangan murah dan berpatutan. Mari lihat beberapa gambar menu yang menarik di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan ala barat boleh disajikan. Mungkin kena dengan selera anda kan. Kalau nak singgah sini boleh ikut alamat ini : Tingkat Titi Teras (Jln Chai), 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 012-4414511. Restoran ini beroperasi pada pukul 5.30 pm hingga 10.30 pm dan dibuka setiap hari isnin hingga jumaat.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BobBiggerBiteBurger/

2. QAYSYA D’LITE

Bagi yang dah merasai Burger Bob Bigger Bite, apa kata anda cuba pula makanan di restoran Qaysya D’lite ini pula. Ruang kedai yang luas memang sangat selesa jika bawa bersama keluarga. Ada bermacam juadah masakan western disediakan. Sambil makan tu kalau ada siaran langsung perlawanan bola, boleh layan di sini.

Masakan western yang paling popular disini adalah chicken chop dan lamb chop. Bak kata orang memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Qaysya D’lite.

Restoran ini terletak di alamat : Dekat sungai nibong, Jalan menghala ke roundboard daripada sungai nibong, Selepas Shell. Kalau tak jumpa boleh call 017-454 6455. Kedai ini buka pada pukul 7 malam hingga 12 tengah malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/WesternQaysya/

3. GREEN ISLAND WESTERN FOOD

Ni satu lagi kedai western yang sedap. Memang cheff yang berpengalaman dalam masakan barat. Restoran ini indah dihiasi dengan gaya kreatif menampilkan seni moden.

Green Island bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang sesuai untuk bertemu dengan clientcatau rakan-rakan berbincang atau melepak. Masakan western yang popular disini ada banyak, jadi anda boleh tengok gambar-gambar dibawah ini sebagai preview.

Ramai warga pulau pinang yang memberi review bahawa Green Island ini sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, Ini alamatnya : 2-1-08, Tingkat Mahsuri, 11000 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Atau boleh call untuk sebarang pertanyaan 012 4896863. Dibuka pada pukul 11:30 AM – 10:30 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Greenislandwesternfood/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas habis baca ya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *