3 Tempat Makan Best Western Di Banting, Selangor

| November 25, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Banting, Selangor | Khalifah Media Networks – Tercari-cari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Banting, Selangor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Banting.

1. CHILLI DAWG BANTING

Chilli Dawg Banting Banting ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Banting, Selangor. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Chilli Dawg Banting ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Chilli Dawg Banting di Banting, Selangor ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Lot 739, Jalan Sukun, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor. Nak mudah Waze: Chilli Dawg Banting. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 017-317 4927. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 2.00 pm hingga 11.00 pm buka setiap hari kecuali hari Ahad cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/chillidawgbanting/

2. CHOP N GRILL KANCHONG

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Kedai Chop N Grill Kanchong ni kan.

Kedai Chop N Grill Kanchong ni terletak di alamat : Lot 2174, Jalan Besar Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 017-627 4121. Dibuka mulai pukul 5.00 pm – 2.00 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Chop-N-Grill-Kanchong-546351458839278/

3. BEST CORNER

Restoran Best Corner pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Restoran Best Corner ini terletak di lokasi perniagaan : No.20 Jalan BB 1/7, Taman Banting Baru, 42700 Banting, Selangor. Boleh juga hubungi 012-212 6097 untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan. Beroperasi bermula pukul 11.45am – 10.30pm. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BestCorner-291478534517583/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel 3 Tempat Makan Best Western Di Banting, Selangor ini pada yang lain sama ye!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *