3 Tempat Makan Best Western Di Batu Pahat, Johor

| October 11, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Batu Pahat, Johor | Khalifah Media Networks – Ayuh kita terjah ‘port’ makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Batu Pahat, Johor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Batu Pahat ni.

1. LEEZO RESTAURANT

Anda dah pernah rasa masakan di Leezo Restaurant ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Leezo Restaurant ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: No. 6, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Leezo Restaurant. Boleh hubungi 019-770 1040 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 4.00 petang sehingga 12.00 pagi. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/leezorestaurant/

2. RESTAURANT CS

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Restaurant CS Batu Pahat ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Restaurant CS ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Restaurant CS ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Restaurant CS ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No. 7, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor, atau boleh guna waze taip jer nama Restaurant CS. nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 017-317 4389. Mula beroperasi seawal pukul 1.00 pm – 11.00 pm. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cspopular/

3. DE’LYNN BISTRO

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Batu Pahat. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di De’Lynn Bistro. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu kami,Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan-kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan dok biar ayaq liur meleleh ja tengok gambar, jom mai singgah. Yang mana tak makan western, sini ada menu goreng dan berkuah juga. Antara top menu: Mix Grill, Chicken Grill, Meatball, Chicken Chop Grill, Chicken Bouble Cheese, Chicken Cheese Burger, Talam Western, Talam Shellout, Nasi Goreng Shellout dan banyak lagi.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan MEMIKAT dan MEMUKAU MATA anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke De’Lynn Bistro ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No. 28 Taman Banang Bukit Pasir, Jalan Jelawat, 83000 Batu Pahat, Johor. Boleh hubungi 010-462 3102 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat cuti. Beroperasi bermula jam 4:00pm – 2:00am. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DeLynn-Bistro-1316510141763042/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *