3 Tempat Makan Best Western Di Beaufort, Sabah

| January 6, 2019 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Beaufort, Sabah | Khalifah Media Networks – Pernah alami tak pengalaman dimana anda sudah sampai disesuatu tempat yang dikunjungi atau mahu bercuti, perkara penting difikirkan adalah dimana tempat menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?

Jangan runsing, disini ada 3 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Beaufort, Sabah. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Beaufort ini.

1. YY RESTAURANT.BISTRO

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala jika ke Beaufort, Sabah, apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke YY Restaurant.Bistro kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran YY Restaurant.Bistro ini, boleh ikuti alamat : Lot 14-16 Ground Floor Jalan Binunuk, 89808 Beaufort, Sabah. Nak mudah boleh waze – YY Restaurant.Bistro. Nombor Telefon: 012-878 1779 untuk memudahkan anda membuat sebarang pertanyaan atau tempahan. Waktu Operasi bermula pukul 11.00 pm – 10.00 pm. So, boleh rancang perjalanan anda nanti untuk kesini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/YY-RestaurantBistro-229124867432475/

2. RUSTIC LEMONGRASS

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Beaufort, Sabah ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Rustic Lemongrass Kimanis Papar ni. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Rustic Lemongrass Kimanis Papar terletak di Beaufort, Sabah ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Rustic Lemongrass Kimanis Papar ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : Lot 16 KImanis Centro, Jalan Papar-Beaufort, 88300 Papar, Sabah. Kalau nak senang waze atau google maps – Rustic Lemongrass Kimanis Papar. Atau boleh call nombor telefon: 012-244 6922 untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/rusticlemongrass/

3. PONDOK D’SALSABILA

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Pondok D’Salsabila di Sabah ini menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang merecikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Pondok D’Salsabila di Beaufort untuk maklumat anda : Jalan Lumatai, 89808 Beaufort South, Sabah. Boleh waze atau google maps – Pondok D’Salsabila. Boleh juga hubungi nombor ini 019-821 8282 @ 013-851 1882 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DSalsabila.Restoran/

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *