3 Tempat Makan Best Western Di Bukit Katil, Melaka

| September 27, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Bukit Katil, Melaka | Khalifah Media Networks – Anda lapar? tapi dalam masa yang sama anda sedang berada di tempat lain sama ada bercuti mahupun atas sesuatu urusan. Kebiasaannya apabila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Pernahkan terfikir?

Ok, jangan risau di sini kami bantu anda dengan memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap boleh anda kunjungi jika berada di Bukit Katil, Melaka. Kalau dekat dengan tempat penginapan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh, mari kita jamu mata dan buka selera anda dengan 3 pilihan tempat makan best di Bukit Katil ni yang boleh anda rasai sendiri. Berikut adalah beberapa tempat yang dicadangkan:

1. RAIN SHOP

Kalau tanya orang sekitar Bukit Katil, Melaka ni, Restoran Rain Shop di Bukit Katil ni bukan lah suatu yang asing lagi bagi mereka. Selain menyediakan masakan tempatan, tempat ini juga popular dengan menu masakan Western Food yang perghhh pasti mengiurkan sesiapa yang merasa. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Rain Shop ni.

Jika anda bercadang nak datang ke Restoran Rain Shop ni terletak di alamat : No 2/23 Taman Seri Duyung, 75000 Bukit Katil, Melaka. Atau boleh juga hubungi 011-2769 2741 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Restoran Rain Shop ni dibuka pada pukul 7.00 pm hingga 12.00 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/rainshopwesterngrill/

2. FD SUPERHEROES CAFE

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera kat restoran hipster ni di Bukit Katil. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya bermacam superheroes sesuai dengan namanya pasti sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran FD Superheroes Cafe bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran FD Superheroes Cafe ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran FD Superheroes Cafe terletak di Bukit Katil, Melaka ini.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran FD Superheroes Cafe ni : No.6 Jalan Bayan Taman Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 017-923 6011 untuk sebarang pertanyaan atau urusan tempahan makanan.

Restoran FD Superheroes Cafe yang menyediakan menu western di Bukit Katil ni bukak seawal jam  5.00 pm – 11.59 pm. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan nanti. InshaAllah pasti sedap dan berbaloi untuk selera anda semua.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/FD-Superheroes-CAFE-732714993576377/

3. D’ HOUSE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Bukit Katil, Melaka. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa kata anda cuba pula masakan di restoran D’ House ini pula, ramai cakap sedap dan harga berbaloi. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah ke D’ House yang terletak di Bukit Katil ni nanti.

Ramai warga Bukit Katil, Melaka yang memberi review bahawa restoran D’ House ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Lot 2039-1, Jalan Kiyai Hj Hashim, 75450 Bukit Katil, Melaka. Boleh call 012-605 8440 untuk sebarang pertanyaan serta untuk membuat tempahan. Dibuka bermula pukul 5.00 am hingga 11.59 pm. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila berada di Bukit Katil, Melaka. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran D’ House ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/JalanKiyaiHjHashimBktKatil/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *