3 Tempat Makan Best Western Di Dungun, Terengganu

| August 29, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Dungun, Terengganu | Khalifah Media Networks – Kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, bila perut mula lapar, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Dungun, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Dungun ni.

1. MARTION

Kalau tanya orang Dungun, Restoran Martion di Dungun ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Martion ni.

Restoran Martion ni terletak di alamat : Kedai Makan Lot 5565 Jalan Pantai Sura 23000 Dungun, Terengganu (jalan pantai Dungun). Kalau sesat boleh terus call no ni 09-842 2212. Restoran Martion ni dibuka pada pukul 3.30 pm hingga 12.30 am.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Martion/

2. THE DAPO

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh la singgah jamu selera di The Dapo. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

The Dapo bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja The Dapo ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di The Dapo.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran The Dapo ni : Batu 49, Jalan Bungaraya, 23000 Dungun, Terengganu. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 011-1974 0402.

Restoran western ni bukak seawal 4.00 pm – 12.00 am. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/thedapodungun/

3. CHEMISTREE CAFE & LOUNGE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Dungun. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Chemistree Cafe & Lounge. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Chemistree Cafe & Lounge.

Ramai warga Dungun yang memberi review bahawa Chemistree Cafe & Lounge ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Jalan Pantai Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu. Boleh call 013-978 8514 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 4.30pm hingga 12.00am setiap hari kecuali hari isnin cuti. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Dungun. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Chemistree Cafe & Lounge ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/ChemistreeCafeAndLounge/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *