3 Tempat Makan Best Western Di Jitra Kedah

| May 21, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Jitra Kedah | Khalifah Media Networks –  Kebiasaannya kita pasti terfikir bila berkunjung ke sesuatu tempat ataupun ‘mood’ nak makan diluar sekitar kawasan tempat tinggal tapi tak tau kat mana tempat makan best kan?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Jitra, Kedah. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Jitra ni.

1. JENJUNO WESTERN FOOD

Bagi warga sekitar Jitra sudah semestinya Jenjuno Western Food ini tidak asing lagi. Selain sajian Western yang menjadi tarikan utama, terdapat juga pelbagai menu masakan tempatan atau masakan ala Thai ada disediakan. Suasana cafe juga berkonsepkan hipster dan menarik untuk seisi keluarga.

Apa yang menariknya, cafe ini turut menyediakan pilihan set-set sajian yang WOW pastinya lebih berbaloi dengan harga yang memuaskan. Makan sampai kenyang, rugi kalau korang tak cuba sendiri. Boleh tengok gambar-gambar antara menu menarik yang confirm meleleh punya laa..

Jenjuno cafe ni terletak di alamat Lot Bawah Jalan Taman Bahagia (berhadapan jalan besar, deret kedai berhadapan Pasaraya RM2 Jitra), 06000 Jitra, Kedah Darulaman. Kalau tak jumpa jugak ni lokasi melalui GPS: www.bit.ly/jenjuno_western atau call 012-414 4326. Cafe ni dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan waktu operasi dari pukul 6.00 petang – 12.00 pagi. Untuk bulan ramadhan, cafe ini turut menyediakan makanan berbuka terbaik turut disajikan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/jenjunocafe/

2. HQ Doree Western Food

Kalau korang yang mencari makanan ala western tapi nak harga yang superb murah, nahh korang boleh berkunjung ke cafe Doree Western Food ni. Sajian western mereka memang sedap dan meleleh bebb tapi dengan harga yang bajet. Sesuai kalau korang nak bawak keluarga atau kawan-kawan. Kalau tanya pelanggan yang pernah ke sini, mareka bagi 5  laaa Western Food ni memang sedap. Dahla murah pulak tuu. Pasti puasss!!! Hangpa memang kena cuba.

Sajian yang popular disini adalah Chicken Chop, Chicken Grill, Meatball, Lamb Chop dan pelbagai lagi menu menarik. Selalu makan western food yang biasa mesti dah bosan kan, tapi kat cafe ni ada menyediakan western food yang lain dari yang lain, cuba try Chicken Chop atau Meatball meleleh ni. Kompem tak lena malam dan boleh terbawa dalam mimpi tau. Tapi kali ini yang lainnya topup Double Cheese kat atas Meatball/ Chicken Chop tu. Memang menjilat jari la jawabnya. Korang boleh tengok gambar-gambar masakan barat di Doree Western Food.

Rata-rata pelanggan yang pernah makan disini memberi review bahawa Doree Western Food ni sedap dan berbaloi. Kalau korang nak singgah ni alamatnya : Restoran Amer Ameera, Taman Mahsuri Jitra. (Area belah belakang stesen bas ekspress. Tepi tapak pasar malam). Manakala waktu operasi dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 malam. Jom ramai-ramai pergi rasai sendiri. Sebarang pertanyaan call 011-2400 0917.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/doreewestern/

3. Burger Mahsuri

Ada satu lagi kedai bagi yang minat western food bolehlah korang terjah gerai sempoi ni. Ada macam-macam menu disajikan. Kalau anda peminat burger, Disini ada pelbagai jenis burger disediakan. Sebut saja nak burger apa, Burger bertingkat-tingkat Burger Mahsuri yang popular ni? Burger Soft Shell Crab? Sebut saja pun dah terliurkan. Ada juga Set Jumbo talam siap ada spaghetti, meatballs, sosej, chicken chop, burger, satay boleh dikongsi-kongsi. Amat sesuai untuk seisi keluarga. Harganya pula sangat berpatutan dengan kuantiti, keunikan dan kesedapan rasanya.

Jom tengok gambar-gambar menu menarik di bawak yang korang pasti terliur.

Lihat saja sajian disediakan pun dah terpukaukan? kalau korang nak pergi ni alamatnya : Dataran Santai Tije, Taman Jitra, Jitra. Waktu operasi pula dari pukul 6.30 petang-12 malam (cuti Jumaat) atau sebarang pertanyaan boleh hubungi: 0174005412.

Sila SHARE kepada peminat western sekitar Jitra!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *