13 Tempat Makan Best Western Di Kota Bharu, Kelantan | Khalifah Media Networks – Sudah jemu makan tempat yang sama setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Kota Bharu, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kota Bharu ni.

1. ARTASTE CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Artaste Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan tempatan. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Artaste Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : NO. 3486 E&F, Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Artaste Cafe.

Boleh juga hubungi nombor ini 09-743 8222 @ 011-28944099 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Waktu operasi bermula pukul 11.30 am hingga 11.30 pm dan dibuka setiap hari. Cuma hari jumaat sahaja dibuka pada pukul 2.30 pm hingga 11.30 pm. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/artastecafe/

2. SANI D’CAFE

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Sani D’Cafe ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Sani D’Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka minuman yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Sani D’Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Sani D’Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Lot 1941 jalan pasir pekan,taman mimi, 16250 Wakaf Baharu, Kelantan. atau boleh guna waze taip jer nama Sani D’Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh call 09-7181418 atau whatsapp sahaja 014-5457080. Mula beroperasi pada pukul 2.30 pm – 12.00 am dan kedai tutup pada hari Rabu sahaja. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Sani-Dcafe-249779782024892/

3. BIG BITES CAFE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Kota Bharu. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Big Bites Cafe. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Big Bites Cafe ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No 1970 & 1971 Jalan Bayam (Opposite Petronas Jalan Bayam) 15200 Kota Bharu, Kelantan. Atau boleh juga hubungi nombor 09-747 0001 @ 011-52060606 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Kedai mula operasi pada jam 4.00 pm hingga jam 11.30 pm. Dibuka setiap hari. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bigbitescafekb/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kota Bharu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply