3 Tempat Makan Best Western Di Kota Tinggi, Johor

| October 23, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kota Tinggi, Johor | Khalifah Media Networks – Perkongsian kali ini kami ingin kenalkan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Kota Tinggi, Johor. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kota Tinggi, Johor. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Kota Tinggi ni.

1. CARBONARA BISTRO

Restoran Carbonara Bistro ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Restoran ini yang dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai. Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran Carbonara Bistro ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Kota Tinggi atau memang orang area Kota Tinggi untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : No 31 Jalan Kolam Air, 81900 Kota Tinggi, Johor. Waktu perniagaan pula bermula pukul 1.00 pm – 11.00 pm dan dibuka setiap hari. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 012-704 8504.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/CarbonarBistroCafe/

2. RED DIAMOND SEAFOOD

Ni satu lagi kedai yang best di Kota Tinggi, Cafe Red Diamond Seafood ini menyajikan hidangan makanan yang sedap dan hipster, terdapat bermacam variasi menu disini dengan pelbagai rasa dan pasti korang akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan di Red Diamond Seafood ini.

Ada bermacam menu yang menarik dan mengiurkan terdapat disini, antara yang uniknya disini terdapat makanan western disukai ramai dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah ke Red Diamond Seafood, ini alamatnya : No 5 tkt bwh, jalan kota kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor. Boleh hubungi 016-770 9343 jika ada sebarang pertanyaan. Dibuka dari pukul 4.00 petang hingga pukul 2.00 pagi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/reddiamondseafoodkotatinggi/

3. CHEESE U KOTA TINGGI

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada di Cheese U Kota Tinggi.

Menarik bukan hidangan di restoran Cheese U Kota Tinggi ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : 1A &1B,Jalan Tun Habab, 81900 Kota Tinggi, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 016-520 6593. So boleh rancang perjalan anda nanti untuk datang ke sini samada bersama keluarga atau dengan kawan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Cheese-U-Kota-Tinggi-889682987844960/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *