3 Tempat Makan Best Western Di Kuala Krai, Kelantan

| August 15, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kuala Krai, Kelantan | Khalifah Media Networks – Salah satu perkara penting yang selalu kita fikirkan andai tiba disesuatu tempat yang baru kita kunjungi adalah dimana tempat untuk makan. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang best dan sedap.

Usah runsing, disini kami memberi 3 pilihan tempat makan best western yang tiptop di Kuala Krai, Kelantan. Apa salahnya mencuba jika sudah berdekatan dengan tempat anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Kuala Krai ini.

1. ABAM JEBEN

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat namun ada juga masakan tempatan yang sedap. Datanglah ke Abam Jeben kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food, aneka minuman kopi dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Abam Jeben ini, boleh ikuti alamat : Area hotel damar, area nasi lemak doktor menghala ke hospital baru. Nombor Telefon: 60 19-581 0922 @ 019-933 7783. Waktu Operasi bermula pukul 6.00 pm – 6.00 am.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/abamJeben/

2. LEPAK CAFE

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Kuala Krai ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Lepak Cafe. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Lepak Cafe ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Lepak Cafe ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : Lot 3136 Tingkat Bawah, Kampung Bukit Sireh, 18000 Kuala Krai, Kelantan (Depan Pasaraya Jaya Gading Bukit Sireh). Kalau nak senang waze atau google maps – Lepak Cafe. Atau boleh call nombor telefon: 019-2882804. Waktu Operasi: 3:30 PM – 1:30 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/lepakcafe59/

3. NIKAWA CABIN CAFE

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke cafe hipster ini. Nikawa Cabin Cafe menyediakan pelbagai makanan barat untuk disajikan. Peminat makanan ber-grill, spaghetti dan makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Cafe ini memang cantik dihiasi dengan gaya kreatif minimalis terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Nikawa Cabin Cafe untuk maklumat anda : Batu Jong, 18000 Kuala Krai, Kelantan (sebelah masjid hijau batu jong). Boleh waze atau google maps Nikawa Cabin Cafe. Boleh juga hubungi nombor ini 011-1645 5648 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Mula beroperasi pada pukul 5.00pm – 12.00am. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/NIKAWACabinCafe/

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga..

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *