3 Tempat Makan Best Western Di Maran, Pahang

| July 17, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Maran, Pahang | Khalifah Media Networks – Tengah ronda-ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Maran, Pahang. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Maran.

1. RODONG’S COFFEE & CAFE

Restoran Rodong’s Coffee & Cafe ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga. Coffee lover wajib cuba Kopi Rodongs dan Hainan Style Coffee di Rodongs Cafe ni. Sekali rasa pasti nak lagi.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Sudah makan western, Anda juga boleh mencuba aneka snack, pasta, burger dan bermacam lagi. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran Rodong’s Coffee & Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No 6 Bazar RNR Dmara, Kg Bintang , 26500 Maran, Pahang. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 013-358 2682. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RodongsCoffeeAndCafe/

2. D’NYIRU GARDEN

Ni satu lagi kedai yang masakan westernnya sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai selain chicken chop dan lamb chop adalah tom yam kelapa. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke D’nyiru Garden ni kan.

Kedai D’nyiru Garden ni terletak di alamat : No. 8 Bangunan MDJ (berhadapan Win Box Jerantut) 27000 Jerantut, Pahang. Kalau tak jumpa atau nak buat tempahan boleh telefon 014-288 8260.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dnyiru.garden

3. MARAN HILL CAFE

Kedai pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada menu ala barat dan masakan tempatan yang lain lagi anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Restoran Maran Hill Cafe ini terletak di lokasi perniagaan : Maran Hill Golf, 26500 Maran, Pahang. Jika nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan boleh call no. 013-9878999.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/maranhillcafe/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *