3 Tempat Makan Best Western Di Marang, Terengganu

| August 28, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Marang, Terengganu | Khalifah Media Networks – Perkara penting difikirkan jika tiba disesuatu tempat yang baru dikunjungi adalah dimana tempat  menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?

Usah runsing, disini ada 3 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Marang, Terengganu. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Marang ini.

1. TS DELIGHT

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke TS Delight kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran TS Delight ini, boleh ikuti alamat : Bersebelahan Shell Rhu, 5870, Jalan rhu rendang marang 3, 21600 Marang, Terengganu. Nombor Telefon: 019-558 4580. Waktu Operasi bermula pukul 11.00 am – 10.30 pm.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/tsdelightmarang/

2. U-LIKE CAFE

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Marang ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke U-Like Cafe. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke U-Like Cafe ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran U-Like Cafe ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : Hadapan Tapak Pasar Minggu Kg. Rhu Muda Gong Merawang, 21600 Marang, Terengganu. Kalau nak senang waze atau google maps – U-Like Cafe. Atau boleh call nombor telefon: 09-618 1334. Waktu Operasi: 5:30 PM – 12:00 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/chickenChop5ya/

3. ALIASHKA D’BAMBOO CAFE

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Aliashka D’Bamboo Cafe menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan dari buluh memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Aliashka D’Bamboo Cafe untuk maklumat anda : Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu (Lepas restoran lempeng kg. rusila, sebelah pantai). Boleh waze atau google maps – Aliashka D’Bamboo Cafe. Boleh juga hubungi nombor ini 014-505 0088 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Mula beroperasi pada pukul 3.00 pm – 1.00am. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/BIRAPATA2017/

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *