3 Tempat Makan Best Western Di Masjid Tanah, Melaka

| September 19, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Masjid Tanah, Melaka | Khalifah Media Networks – Jom terjah ‘port’ makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Masjid Tanah, Melaka. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Masjid Tanah ni.

1. THE KONGSI CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di restoran The Kongsi Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran The Kongsi Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: Berhadapan parking teksi masjid tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – The Kongsi Cafe. Boleh hubungi 017-700 3570 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari dari jam 7.00 petang sehingga 12.00 pagi. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thekongsicafe/

2. HANTZ KOPITIAM

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di HANTZ Kopitiam Majsid Tanah ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja HANTZ Kopitiam ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di HANTZ Kopitiam ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di HANTZ Kopitiam ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No. 4923 Bangunan Mara, 78300 Masjid Tanah, Melaka (dekat area balai polis masjid tanah), atau boleh guna waze taip jer nama HANTZ Kopitiam nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 06-384 1849 @ 019-662 5500. Mula beroperasi seawal pukul 7.30 am – 7.00 pm. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/HantzKopitiam/

3. STREET FOOD STATION

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Masjid Tanah. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Street Food Station. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Street Food Station ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Jalan besar (berhadapan klinik kesihatan masjid tanah) hadapan pusat khidmat masyarakat parlimen masjid tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Boleh hubungi 012-675 9745 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad cuti. Beroperasi bermula jam 5:00pm – 12:00am. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/erytopsandwich/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *