3 Tempat Makan Best Western Di Muadzam Shah, Pahang

| July 19, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Muadzam Shah, Pahang | Khalifah Media Networks – Jika tiba disesuatu tempat yang baru kita kunjungi, salah satu perkara penting yang selalu kita fikirkan adalah dimana tempat untuk makan. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang best dan sedap.

Usah runsing, disini kami memberi 3 pilihan tempat makan best western yang tiptop di Muadzam Shah, Pahang. Apa salahnya mencuba jika sudah berdekatan dengan tempat anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Muadzam Shah ini.

1. RESTORAN KELASIQ

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat namun ada juga masakan tempatan yang sedap. Datanglah ke Restoran Kelasiq kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food, shellout dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Kelasiq ini, boleh ikuti alamat : MM160 & 161 Jalan Medan Mewah 11, 26700 Muadzam Shah, Pahang. Nombor Telefon: 017-9614950 / 0176212965. Waktu Operasi bermula pukul 1.30 pm – 11.00 pm dan dibuka setiap hari kecuali hari rabu cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/KelasiqByJentayu/

2. NANYANG KOPITIAM

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Muadzam Shah ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Nanyang Kopitiam. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba Grill Lamb with black pepper sauce kerana dagingnya yang lembut bersama sos yang sangat sedap boleh membuatkan anda jatuh cinta. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Nanyang Kopitiam ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Nanyang Kopitiam ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : Lingkaran makmur, 26700 muadzam shah, Pahang. Kalau nak senang waze atau google maps. Atau boleh call nombor telefon: 017 – 729 3627. Waktu Operasi: 12:00 PM – 12:00 PM dibuka setiap hari kecuali hari sabtu cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/NYkopitiamMuadzam/

3. JENTAYU KOPITIAM

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke cafe hipster ini. Jentayu Kopitiam menyediakan pelbagai makanan barat untuk disajikan. Peminat makanan ber-grill, spaghetti dan makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Cafe ini memang cantik dihiasi dengan gaya kreatif minimalis terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Jentayu Kopitiam untuk maklumat anda : Boleh waze atau google maps Jentayu Kopitiam, Bukit Ibam, Pahang.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Jentayu-Kopitiam-Muadzam-Shah/129950450489543

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga..

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *