3 Tempat Makan Best Western Di Nibong Tebal, Pulau Pinang

| June 12, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Nibong Tebal, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Pernah tak anda mengalami situasi bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Nibong Tebal.

1. D’ HOT CAFE

Restoran D’ Hot Cafe ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Sudah makan western, Anda juga boleh mencuba aneka roti bakar atau pancake sebagai dessert. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran D’ Hot Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No.8 Lorong Belatuk 3, Taman Bersatu, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 011-15096615. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam, dibuka setiap hari kecuali hari Rabu cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dhotcafe/

2. PAK DAK CHICKEN CHOP

Ni satu lagi kedai western yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai adalah chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Pak Dak Chicken Chop ni kan.

Kedai Pak Dak Chicken Chop ni terletak di alamat : TF 2292, Kampung Sungai Buaya, Jalan Taman Negeri Bukit Pancor, 14200 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kalau tak jumpa atau nak buat tempahan boleh telefon 018-950 9016. Kalau anda nak datang, seeloknya telefon dahulu.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/PAK-DAK-CHICKEN-CHOP-1986103561641929/

3. LOVING SIBLING WESTERN

Kedai pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Siap ada delivery untuk kawasan sekitar tau. Kalau anda sibuk elok lah gunakan khidmat delivery je kan. Ada menu ala barat yang lain lagi anda boleh pilih seperti chicken grill dan meat ball. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai western Loving Siblings ini terletak di lokasi perniagaan: Kolej Komuniti Nibong Tebal (berhampiran KTM simpang ampat). Beroperasi bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam, dibuka setiap isnin – khamis. Jika nak buat tempahan untuk delivery atau sebarang pertanyaan boleh call no. 011-16379767 (izzah).

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/lovingwestern/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *