3 Tempat Makan Best Western Di Nilai, Negeri Sembilan

| September 12, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Nilai, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Jikalau anda berkunjung ke Negeri Sembilan, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Negeri Sembilan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Nilai, Negeri Sembilan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Nilai ni.

1. TANPANAMA CAFE

Rasanya jika kita tanya orang Nilai, rata-rata sudah mengenali restoran Tanpanama Cafe. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Tanpanama Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Tanpanama Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Sentral Bazaar, Jalan Mekanikal, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Kalau sesat boleh call 013-416 6210. Restoran Tanpanama Cafe ini mula beroperasi setiap pukul 12.00 PM dan tutup pukul 10.00 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/tanpanamacafe/

2. KAFE IMPIAN

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Kafe Impian adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Kafe Impian bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Kafe Impian ini.


Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Kafe Impian ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lot 24, Ground Floor, 9 Avenue, Taman Koporat, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Boleh juga telefon 010-201 5712 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kafeimpiannilai/

3. FRIDAY RESTAURANT

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Nilai. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Friday Restaurant ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Friday Restaurant. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: 12937 – A, Jalan BBN 1/7D, Putra Point, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Friday Restaurant. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-288 4414. Buka bermula pukul 3.00 pm hingga 12.00 am. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di Friday Restaurant InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/FridayRestaurant/

Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *