3 Tempat Makan Best Western Di Parit Buntar, Perak

| July 2, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Parit Buntar, Perak | Khalifah Media Networks – Kebiasaannya kita pasti terfikir bila berkunjung ke sesuatu tempat ataupun ‘mood’ nak makan diluar sekitar kawasan tempat tinggal tapi tak tau kat mana tempat makan best kan?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Parit Buntar, Perak. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Parit Buntar ni.

1. BORDER’S TEA

Bagi warga sekitar, sudah semestinya Cafe Border’s Tea ini tidak asing lagi. Selain sajian Western yang menjadi tarikan utama, terdapat juga pelbagai minuman tea yang menarik ada disediakan. Suasana cafe juga berkonsepkan hipster dan menarik untuk seisi keluarga.

Apa yang menariknya, cafe ini turut menyediakan pilihan set-set sajian yang WOW pastinya lebih berbaloi dengan harga yang memuaskan. Makan sampai kenyang, rugi kalau korang tak cuba sendiri. Boleh tengok gambar-gambar antara menu menarik yang confirm meleleh punya laa..

Cafe Border’s Tea Parit Buntar ni terletak di alamat : No. 53 jalan perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Perak (Lokasi berhampiran pos laju pusat bandar parit buntar). Kalau tak jumpa jugak ni lokasi boleh call 05-716 6767. Cafe ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin cuti dan waktu operasi dari pukul 3.00 petang – 11.00 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bordersteaparitbuntar/

2. RIZQ BISTRO

Kalau korang yang mencari makanan ala western tapi nak harga yang ok, nahh korang boleh berkunjung ke cafe Rizq Bistro ni. Sajian western mereka memang sedap dan meleleh bebb tapi dengan harga yang berpatutan. Sesuai kalau korang nak bawak keluarga atau kawan-kawan. Kalau tanya pelanggan yang pernah ke sini, mareka bagi 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ laaa Western Food ni memang sedap. Dahla murah pulak tuu. Pasti puasss!!! Hangpa memang kena cuba.

Sajian yang popular disini adalah Chicken Chop, Chicken Grill, Meatball, Lamb Chop dan pelbagai lagi menu menarik. Selalu makan western food yang biasa mesti dah bosan kan, tapi kat cafe ni ada menyediakan western food yang lain dari yang lain, cuba try Chicken Chop atau Meatball meleleh ni. Kompem tak lena malam dan boleh terbawa dalam mimpi tau. Korang boleh tengok gambar-gambar masakan barat di RIZQ Bistro ni.

 

Rata-rata pelanggan yang pernah makan disini memberi review bahawa Rizq Bistro ni sedap dan berbaloi. Kalau korang nak singgah ni alamatnya : No. 91 Jalan pekaka taman pekaka, 14300 Parit Buntar, Perak. Manakala waktu operasi dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengahari hingga 12 malam. Jom ramai-ramai pergi rasai sendiri. Sebarang pertanyaan call 0174123816.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/nasiarabterbaikpenang/

3. MIEZZA NASI AYAM

Ada satu lagi kedai bagi yang minat western food bolehlah korang terjah cafe sempoi ni. Ada macam-macam menu disajikan. Bukan nasi a yam saja tau, Kalau anda peminat masakan barat atau nak masakan tempatan, Sebut saja pasti ada. Tengok pun dah terliurkan. Amat sesuai untuk seisi keluarga. Harganya pula sangat berpatutan dengan kuantiti, keunikan dan kesedapan rasanya.

Jom tengok gambar-gambar menu menarik di bawak yang korang pasti terliur.

Lihat saja sajian disediakan pun dah terpukaukan? kalau korang nak pergi ni alamatnya : No 41 Jalan Maharaja Pusat Bandar 34200 Parit Buntar, Perak (Depan PASAR AWAM / TM POINT PARIT BUNTAR) (Sebaris dengan kedai Tayar Mutiara (Melayu)) atau waze/google map : miezza nasi ayam restaurant. Waktu operasi pula dari pukul 12.00 pm – 9.45 pm dan buka setiap hari kecuali isnin cuti. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi: 011-2062 5396.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/MiezzaNasiAyam/

Sila SHARE kepada peminat western sekitar Parit Buntar!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *