3 Tempat Makan Best Western Di Pengkalan Chepa, Kelantan

| August 5, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Pengkalan Chepa, Kelantan | Khalifah Media Networks – Boring makan ditempat yang sama setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Pengkalan Chepa, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Pengkalan Chepa ni.

1. KB MEATBALL BAKAR

Anda dah pernah rasa masakan di restoran KB Meatball Bakar ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan lain. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran KB Meatball Bakar ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : KB Meatball Bakar, Depan Tangki air epot, 30 meter Pintu Utama epot, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan atau nak mudah boleh buat carian di google maps – KB Meatball Bakar.

Boleh juga hubungi nombor ini 01131465650 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Waktu operasi bermula pukul 4.00 pm hingga 12.00 am dan dibuka setiap hari. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kbmeatballbakarOriginal/

2. D’APPLE CAFE

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran D’Apple Cafe ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja D’Apple Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka makanan lain yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di D’Apple Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di D’Apple Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Lot 392, Seksyen 8, Jalan Parit Dalam
15000 Kota Bharu, Kelantan atau boleh guna waze taip jer nama D’Apple Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh call 012-9892064. Mula beroperasi pada pukul 12.30 pm – 11.00 pm dan kedai buka setiap hari kecuali hari jumaat mula beroperasi pada pukul 5.30pm – 11.30pm. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DAppleKB2/

3. MR COOK WESTERN FOOD

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di sini. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Mr Cook Western Food. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Mr Cook Western Food ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : S/46 Lot 272-A Kg Chempaka, Jalan Panji, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Atau boleh juga hubungi nombor 013-992 6597 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.Dibuka setiap hari kecuali hari ahad cuti. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Mr-Cook-Western-Food-542859955790632/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *