13 Tempat Makan Best Western Di Petaling Jaya, Selangor | Khalifah Media Networks – Perkongsian kali ini kami ingin kenalkan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Petaling Jaya, Selangor. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Petaling Jaya, Selangor. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Petaling Jaya ni.

1. CAFE DRM3

Restoran Cafe DrM3 ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Restoran ini yang dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai. Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran Cafe DrM3 ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Petaling Jaya atau memang orang area Petaling Jaya untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : No.13, Jalan Sri Manja 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Waktu perniagaan pula bermula pukul 11.00 am – 1.00 am. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 03-7770 9805.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cafe.drm3/

2. KELAM KABOOT CAFE

Ni satu lagi kedai yang best di Petaling Jaya, Kelam Kaboot Cafe ini menyajikan hidangan makanan yang sedap dan hipster, terdapat bermacam variasi menu disini dengan pelbagai rasa dan pasti korang akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan di Kelam Kaboot Cafe ini.

Ada bermacam menu yang menarik dan mengiurkan terdapat disini, antara yang uniknya disini terdapat makanan western disukai ramai dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah ke Kelam Kaboot Cafe, ini alamatnya : 3-2 Jalan PJS 2/16A Taman Maju Jaya Off Taman Dato Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Boleh hubungi 012-319 9485 jika ada sebarang pertanyaan. Dibuka dari pukul 12.00 pm hingga pukul 11.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Kelam-Kaboot-Cafe-192028601291662/

3. GRAFA

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada di Grafa.

Menarik bukan hidangan di restoran Grafa ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : No 6 lorong Universiti B, 46350 Petaling Jaya, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 018-471 9566. So boleh rancang perjalan anda nanti untuk datang ke sini samada bersama keluarga atau dengan kawan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/grafamalaysia/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Petaling Jaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini.. Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

Share.

Leave A Reply