13 Tempat Makan Best Western Di Port Dickson, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Mungkin anda bercadang untuk bercuti ke negeri Negeri Sembilan, atau ada urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Negeri Sembilan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Port Dickson ni.

1. MIENT’S BURGER

Rasanya jika kita tanya orang Port Dickson, rata-rata sudah mengenali Mient’s Burger. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan aneka burger yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Mient’s Burger dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Mient’s Burger menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Lokasi sebelah pam minyak Caltex Pekan Port Dickson. Atau Waze : Mient’s Burger. Kalau sesat boleh call 017-306 4649. Restoran Mient’s Burger ini mula beroperasi setiap hari seawal pukul 2.00 PM dan tutup pukul 1.00 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/mientsburger/

2. CHECKMATE GRILL & PASTA PD

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Checkmate Grill & Pasta PD adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Checkmate Grill & Pasta PD bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba Pasta yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Checkmate Grill & Pasta PD ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Kg. Air Meleleh (Simpang Empat)Kedai Mak Pah Mee Kari)), 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 6:00 PM – 11:00 PM dan cuti pada hari isnin. Boleh juga telefon 012-643 3560 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/jomCMPD/

3. REDD PLACE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Port Dickson. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Redd Place ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Batu 12, teluk pelanduk port dickson, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-343 0643. Buka bermula pukul 5.00 pm hingga 1.00 am. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan di Redd Place.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/reddplaceohsem/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Port Dickson ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply