3 Tempat Makan Best Western Di Puncak Alam, Selangor

| November 14, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Puncak Alam, Selangor | Khalifah Media Networks – Anda lapar? tapi dalam masa yang sama anda sedang berada di tempat lain sama ada bercuti mahupun atas sesuatu urusan. Kebiasaannya apabila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Pernahkan terfikir?

Ok, jangan risau di sini kami bantu anda dengan memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap boleh anda kunjungi jika berada di Puncak Alam, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh, mari kita jamu mata dan buka selera anda dengan 3 pilihan tempat makan best di Puncak Alam ni yang boleh anda rasai sendiri. Berikut adalah beberapa tempat yang dicadangkan:

1. J-BROS WESTERN FOOD

Kalau tanya orang sekitar Puncak Alam, Selangor ni, Restoran J-Bros Western Food di Puncak Alam ni bukan lah suatu yang asing lagi bagi mereka. Nak pula penggemar western, tempat ini juga popular dengan menu masakan Western Food yang perghhh pasti mengiurkan sesiapa yang merasa. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran J-Bros Western Food ni.

Jika anda bercadang nak datang ke Restoran J-Bros Western Food ni terletak di alamat : No. 67A JALAN PPAJ 3/1, PUSAT PERDAGANGAN ALAM JAYA, 42300 Puncak Alam, Selangor. Atau boleh juga hubungi 03-6038 1242 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Restoran J-Bros Western Food ni dibuka pada pukul 12.00 pm hingga 10.30 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/jbroswesternfood/

2. YOK MAMPIR CAFE

Bagi yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera kat restoran ni di Puncak Alam. Ruang restoran indah dihiasi dengan hiasan yang sesuai dan selesa pasti sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Yok Mampir Cafe bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Yok Mampir Cafe ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Yok Mampir Cafe terletak di Puncak Alam, Selangor ini.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Yok Mampir Cafe ni : Dataran Alam Suria, 42300 Puncak Alam, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 012-215 7996 untuk sebarang pertanyaan atau urusan tempahan makanan. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan nanti. InshaAllah pasti sedap dan berbaloi untuk selera anda semua.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/YMC2PuncakAlam/

3. NICK’S GASTRO

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Puncak Alam, Selangor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa kata anda cuba pula masakan di kedai Nick’s Gastro ini pula, ramai cakap sedap dan harga berbaloi. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah ke Nick’s Gastro yang terletak di Puncak Alam ni nanti.

Ramai warga Puncak Alam, Selangor yang memberi review bahawa kedai Nick’s Gastro ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Dataran Alam Suria, 42300 Puncak Alam, Selangor. Nak mudah waze – Nick’s Gastro. Boleh call 012-782 5797 untuk sebarang pertanyaan serta untuk membuat tempahan. Dibuka bermula pukul 5.00 pm hingga 12.00 am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila berada di Puncak Alam, Selangor. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di Nick’s Gastro ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Nicksgastro/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *