3 Tempat Makan Best Western Di Sibu, Sarawak

| January 3, 2019 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sibu, Sarawak | Khalifah Media Networks – Andai berkunjung ke negeri Sarawak, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Sarawak ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Sibu, Sarawak. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Sibu ni.

1. WOW WOW WEST

Rasanya jika kita tanya orang Sibu, rata-rata sudah mengenali restoran Wow Wow West. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Wow Wow West dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Wow Wow West menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : 24 & 26, 5th Avenue, Lorong Tunku Abdul Rahman 31A, 96000 Sibu, Sarawak. Kalau sesat boleh call 012-663 9982. Restoran Wow Wow West ini mula beroperasi setiap pukul 11.00 AM dan tutup pukul 10.00 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/wowwowwestmy/

2. WARUNG BM

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Warung BM adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Warung BM bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Warung BM ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Warung BM ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No.2, G/Floor, Lrg Wong King Huo 1D, Medan Jaya Commercial Centre, 96000 Sibu, Sarawak. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 10:30 AM – 10:30 PM. Boleh juga telefon 084-311 526 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/warungbm02/

3.

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di …. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di … ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Home Airline Cafe. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: No.14 Jalan Pedada, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Home Airline Cafe. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 084-320 840. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Home-Airline-Cafe-216409919138847/

Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *