3 Tempat Makan Best Western Di Tanah Merah, Kelantan

| July 26, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Tanah Merah, Kelantan | Khalifah Media Networks – Teringin untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan di kawasan Tanah Merah, Kelantan? Tapi tak tahu kat mana nak cari dan mesti nak tempat yang best kan?

Kepada peminat makanan western sekitar Tanah Merah, Kelantan. Ada berita baik buat anda semua. Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Tanah Merah. Kalau dekat dengan anda, rasanya tak salah jika anda mencubanya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut dengan 3 tempat makan best di Tanah Merah ni.

1. CAFE31

Jika bertanya orang Tanah Merah, Restoran Cafe31 ini memang dikenali ramai. Ada bermacam jenis masakan disediakan disini untuk para pelanggan menjamu selera. Jika Anda penggemar western food, Teringin nak makan Chicken Chop yang sedap? Ini pilihan buat anda pasti kenyangg nyandarr.

Dengar cerita, kesedapan Chicken Chop disini kalau lambat order, Chicken Chop memang cepat habis! Jadi kepada warga sekitar Tanah Merah, Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu. Jom kita jamu mata dengan beberapa gambar menu menarik yang ada disini.

Warga Tanah Merah wajib datang ke Restoran Cafe31, semua jenis makanan ada! Waktu beroperasi bermula dari jam 5:00 PM – 12:00 AM dan dibuka setiap hari. Restoran ini terletak di alamat : Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan (Jalan banggol, kalau dari bandar, lepas trafik light depan masjid tanah merah, kedai sebelah kanan sebelum sampai wan azizah). Nak senang google maps atau waze Cafe31. Kalau tak jumpa jugak boleh call 016-7631277 / 014-514 3767 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Cafe31-300576633429163/

2. D’MUTIARA MANAL

Ni juga antara restoran hipster yang menjadi tarikan orang ramai. Restoran D’Mutiara Manal ini memang tempat makan yang santai. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda. Memang sesuai bawa seisi keluarga. Makanan lain pun ada seperti chicken chop,lamb chop pun ada. Tekak melayu nak makan nasi la, eh nasi pun ada.

Antara menu menarik yang menjadi pilihan para pelanggan antaranya adalah chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best. Sebagai preview kalau-kalau anda nak singgah, ini beberapa gambar menu yang disajikan disini, bolehlah lihat dahulu.

Restoran D’Mutiara Manal ini terletak dilokasi : Kampung Manal, 17500 Tanah Merah, Kelantan (Manal, menghadap pintu Imegresen Manal 2, sebelah KuYo Futsal). Kalau nak senang search dalam Maps terus jumpa. Waktu beroperasi pula pada pukul 5.00pm -12.00am buka setiap hari kecuali hari jumaat cuti. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon 013-375 1169. Apa tunggu lagi, jom singgah jamu selera.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DMutiaraManal/

3. NS CAFE STEAK HOUSE

Jika anda mencari tempat untuk makan western yang lain dari lain, Restoran NS Cafe Steak House ini memang pilihan yang tepat. Disini selain dari menyediakan makanan yang sedap, harga setiap hidangan yang berpatutan.

Ada bermacam menu hidangan yang disediakan disini. Kalau anda memang penggemar western food, kat sini memang hidangan western terbaik. Tak caya? jom cuci mata tengok antara menu menarik ada disediakan kat restoran NS Cafe Steak House ini.

Tengok pun dah mengiurkan, ramai review cakap kat sini memang best dan puas hati dengan masakan yang disajikan. Harga memang berpatutan janji sedap kan? Kalau anda berhajat nak singgah bolehlah ikut alamat ini : 225, Kedai Makan , Jalan Wan Ahmad, 17500 Kampong Tanah Merah, Kelantan. Nak mudah guna maps atau waze. Restoran beroperasi setiap hari bermula jam 6 petang hingga 2 pagi. Sebarang pertanyaan atau booking boleh call 019-977 7771.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/NSCAFEsteakhouse/

Jom kongsikan artikel ini pada teman-teman yang lain, semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *