3 Tempat Makan Best Western Di Tebrau, Johor

| October 18, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Tebrau, Johor | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Johor, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 3 pilihan tempat makan best western yang sedap di Tebrau, johor. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 3 tempat makan best di Tebrau ni.

1. SARCASTEAK CAFE

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran Sarcasteak Cafe yang tetiba meletop di Tebrau. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan. Jika anda mencari tempat makan yang Selesa? Harga yang Berpatutan? Makanan yang Sedap? Service yang Baik? maka ini pilihan tepat untuk anda.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Sarcasteak Cafe ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : No 74, Jalan Datin Halimah, Larkin, 80350 Johor Bahru. Boleh waze atau google restoran – Sarcasteak Cafe. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 019-750 3135. Restoran ini dibuka pada pukul 4.00 pm hingga 11.30 pm dan dibuka setiap hari kecuali hari selasa cuti. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/sarcasteakcafe/

2. THE DREAMLINER AIRWAYS CAFE

Bagi yang sukakan suasana seolah-olah menjamu selera didalam kapal terbang, bolehlah berkunjung jamu selera di The Dreamliner Airways Cafe. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif seakan berada didalam kapal terbang ini memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja The Dreamliner Airways Cafe ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di The Dreamliner Airways Cafe.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi The Dreamliner Airways Cafe ini di mana. Ini alamatnya : No. 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Tebrau, Johor Bahru. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 07-364 7359. Beroperasi seawal pukul 11.00am – 11.00pm. Jadi cepat kesini kalau tidak mahu terlepas penerbangan anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thedreamlinerairwayscafe7351/

3. BUTTERSCOTCH & CO

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Tebrau. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop tempat biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Butterscotch & Co pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Butterscotch & Co ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Tebrau yang memberi review bahawa Butterscotch & Co ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : No.29, Jalan Nibong 10, Taman Daya, 81100 Tebrau, Johor Bahru. Kalau sesat boleh call 010-703 2871 @ 012-202 0509. Dibuka bermula pukul 3.00 pm – 11.00 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/butterscotchnco/

Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *