3 Tempat Makan Best Western Di Teluk Intan, Perak

| June 25, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Teluk Intan, Perak | Khalifah Media Networks – Kali ini kami ingin kongsikan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Teluk Intan, Perak. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Teluk Intan, Perak. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Teluk Intan ni.

1. RESTORAN WANA

Restoran Wana ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Tema restoran ini yang berwarna merah dan hitam agak menarik perhatian. Keunikkan kedai ini pula tiada wifi! Bagus idea ni sebab selalunya kita lepak kedai asyik nak mengadap HP saja. Tetapi kedai ni memotivasikan kita untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling bukan dengan gadjet!

Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai. Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Teluk Intan atau memang orang area Teluk Intan untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : Lot 180 & 181 Jalan Intan 3, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak. Waktu perniagaan pula bermula pukul 5.00 pm – 11.00 pm dan dibuka setiap hari kecuali hari selasa cuti. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 012-5449195.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/restoranwana/

2. 60 CAFE

Ni satu lagi kedai western yang best, 60 Cafe terbaru berada di Teluk Intan menyajikan hidangan makanan dari barat seperti spaghetti, meatball, chicken chop, dan pelbagai lagi. Kini di 60 Cafe menyediakan kesemua jenis makanan western dalam satu dulang dengan hanya RM 35 untuk satu dulang. Air RM1 sahaja, boleh refill tanpa had. Menarik bukan?

Ada bermacam menu western pilihan yang anda boleh pilih dan rasai kesedapan resepi masakan di 60 Cafe ini. Harga setiap hidangan seperti Chicken Chop Set : RM 6.00, Spaghetti Bolognese : RM 6.00, Meatball Cheese : RM 6.00, Cheese Fries : RM 5.00 sahaja. Jom tengok beberapa gambar menu menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah, ini alamatnya : Lorong Masjid, Kg. Bahagia, Teluk Intan ( Masuk ke lorong masjid, jalan 100 meter, kedai di sebelah kiri anda) Untuk panduan waze ke lokasi, sila ke page FB : 60 Cafe Teluk Intan. Dibuka setiap hari kecuali selasa. Dari pukul 6.00 petang hingga pukul 1.00 pagi.

3. RESTORAN SINGGAH SELALU

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Selain masakan barat, ada juga masakan lain yang memang sedap dan puas hati. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada disini.

Menarik bukan hidangan di restoran ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : Lorong Melur 1, Taman Melur Fasa 3, 36000 Teluk Intan, Perak. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 011-3307 3094. Waktu operasi pula bermula jam 5.00 pm – 11.00 pm dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad sahaja cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Restoran-Singgah-Selalu-Teluk-Intan-372654176259325/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *