3 Tempat Makan Best Western Di Tumpat, Kelantan

| July 29, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Tumpat, Kelantan | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Kelantan, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 3 pilihan tempat makan best western yang sedap di Tumpat, Kelantan. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 3 tempat makan best di Tumpat ni.

1. NA PIZZA STATION

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran Na Pizza Station yang tetiba meletop di Tumpat. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Ada juga pizza yang memang sedap. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Na Pizza Station ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : No. G-2 Bangunan Arked Mara Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan. Boleh waze atau google restoran Na Pizza Station. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 011-2577 2430. Restoran ini dibuka pada pukul 8.00 am hingga 10.00 pm. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Napizzastation/

2. ALIFF RESTORAN

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa bolehlah berkunjung jamu selera di Aliff Restoran. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Aliff Restoran ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Aliff Restoran.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Aliff Restoran ini di mana. Ini alamatnya : Lot 1536 Depan Pantai Seri Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 016-514 4439.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Aliff-Restoran-167855047170100/

3. FENDI WESTERN

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Tumpat. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Fendi Western pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Fendi Western ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Tumpat yang memberi review bahawa Fendi Western ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : lot 871 tingkat bawah taman indah, 16200 Tumpat, Kelantan. Kalau sesat boleh call 017-643 6457. Dibuka bermula pukul 11.00 am – 10.00 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/fendiwestern/

Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *