Resepi Air Soda Herb

| December 2, 2019 | 0 Comments

Resepi Air Soda Herb | Assalamualaikum semua. Cuaca panas ni mesti buat kita dahaga kan. Jadi, hari ni kami nak kongsikan resepi air soda herb oleh khairulaming. Ramai yang kata air soda herb ni sedap. Kalau korang nak rasa cuba la buat tapi kalau malas sangat pergi la beli kat kedai untuk menikmati keenakannya. Kalau dah beli tu memang agak mahal la air ni. Okay lah jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan Buat Resepi Air Soda Herb:

  • 3 tangkai daun pudina
  • 6 biji laici
  • 3 keping lemon
  • 4 biji asam boi
  • 1 batang serai
  • 1 cawan ais batu
  • 1 botol air ais krim soda

Cara Buat Resepi Soda Herb:

  1. Cuci kesemua bahan terlebih dahulu.
  2. Ambil bekas yang bersesuaian.
  3. Masukkan daun pudina dan hancurkan sedikit guna sudu.
  4. Masukkan 6 biji buah laici beserta jusnya sedikit.
  5. Tambah 3 keping hirisan lemon.
  6. Letak 4 biji asam boi.
  7. Letakkan sebatang serai.
  8. Masukkan satu cawan ais batu.
  9. Tuang air aiskrim soda.
  10. Akhir sekali, kacau kesemua bahan. Ting ting ting ting ting.

Okay siap sudah resepi kita ni. Mudah ja buat air ni main campak je asalkan semua bahan cukup. Sedap pun sedap. Di bawah kami ada sediakan video untuk korang tonton bagi sesiapa yang kurang faham cara buat resepi ni. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Video Cara Buat Resepi Air Soda Herb

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *