Resepi Ayam Geprek Terliur Habis

| November 20, 2019 | 0 Comments

Resepi Ayam Geprek Terliur Habis | Kepada kaum hawa yang tak tahu nak masak apa hari ni. Meh la kami nak kongsi satu resepi yang simple je. Apa kata jom kita try cuba buat resepi ayam geprek terliur habis versi simple oleh Khairulaming.

Bahan-Bahan Buat Resepi Ayam Geprek 

1. Bahan-Bahan Ayam Goreng 

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • 1 kotak kecil tepung Bestari (Boleh juga guna tepung pre-mix ayam jenama lain)
  • 2 biji telur

2. Bahan-Bahan Sambal Ayam Geprek

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 cili merah
  • 13 cili padi

Cara Buat Resepi Ayam Geprek

1. Salutkan ayam yang sudah diletak sedikit garam dengan tepung Bestari.
2. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur (yang sudah dipukul).
3. Celup sekali lagi ayam tersebut dengan tepung Bestari.
4. Sebelum kita goreng ayam, kita masukkan potongan bahan-bahan sambal ke dalam minyak gorengan ayam.
5. Bila dah masak angkat bahan-bahan sambal tersebut dan tumbuk hingga sederhana lumat.
6. Kemudian goreng ayam tadi hingga nampak rangup dan masak.
7. Ambil ayam goreng tersebut, tumbuk dan penyetkan dengan lesung batu.
8. Hidangkan ayam geprek tersebut bersama sambal, nasi putih dan timun ke dalam pinggan..okay dah siap!!! ^_^

Haa mudahkan, simple dan sedap resepi ni. Jom la try belum cuba belum tahu tau. Kalau korang masih terpinga-pinga tak tahu nak masak resepi ayam geprek terliur habis ni, korang boleh tengok video di bawah ni. Selamat mencuba 🤗.

Video Cara Buat Resepi Ayam Geprek

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *