Resepi Cara Buat Butter Chicken

| December 30, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Butter Chicken | Hai, assalamualaikum semua. Tengah hari ni tahu tak nak masak apa? Kalau korang masih tiada idea nak masak apa, mai cuba buat resepi yang kami nak kongsikan ni. Resepi yang sedap daripada khairulaming yang pasti memikat hati. Jom kita tengok bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • Garam dan lada hitam
  • 200g ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 tin susu sejat
  • Daun kari dan cili merah

 

Cara Masak Resepi Butter Chicken:

  1. Masukkan ½ cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan ¼ cawan tepung jagung
  3. Letakkan sedikit garam dan lada hitam.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Kemudian salutkan 200 g ayam yang telah dipotong kecil dengan adunan tadi.
  6. Goreng ayam hingga kuning keemasan.
  7. Untuk sos, masukkan 2 sudu besar mentega ke dalam kuali panas.
  8. Masukkan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang telah dipotong.
  9. Kemudian tuangkan ½ tin susu sejat.
  10. Letakkan beberapa helai daun kari dan cili merah yang telah dipotong.
  11. Setelah mendidih, masukkan ayam yang sudah siap digoreng dan kacau hingga pekat.

Okay siap sudah resepi ni. Kalau korang masih tidak tahu cara nak buat resepi ni, kami ada sediakan video untuk korang.

Video Cara Buat Resepi Chicken Butter:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *