Resepi Cara Buat Jeruk Jambu Asam Boi

| November 28, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Jeruk Jambu Asam Boi | Admin tahu ramai yang dah kenyang tapi teringin nak menguyah sesuatu kan. Macam la kami tak tahu. Hai rasa teringin nak mengunyah benda yang masam2 manis pastu rasa pedas? Pernah dengar jeruk asam boi yang buatkan ramai kecur air liur. So hari ni jom kita try buat resepi Jeruk Jambu Asom Boi, resepi daripada khairulaming. Aduh, terliuq la ayaq liur kan. Hehe.

Bahan-Bahan Buat Jeruk Jambu Asam Boi

  • 1 biji jambu batu
  • 2 sudu gula
  • 2 cili
  • 3-4 biji asam boi
  • Serbuk asam
  • 2 biji limau kasturi

Cara-cara Buat Jeruk Jambu Asam Boi

  1. Basuh bersih-bersih jambu batu dan kupas bersih2 kulit jambu batu
  2. Lepas tu potong 4 jambu batu, ambil sudu dan buang biji2 jambu batu sehingga bersih. Potong lagi.
  3. Gaulkan 2 sudu gula dan 2 batang cili yang dipotong kecik
  4. Masukan asam boi dan serbuk asam
  5. Kemudian perahkan 2 biji limau kasturi
  6. Gaulkan semua bahan-bahan tadi dan masukkan dalam satu bekas
  7. Da siap, simpan Jeruk Jambu Asam Boi 1 malam. simpan dalam peti ais lagi best makan esoknya

Jom kita layan resepi Jeruk Jambu Asam Boi. Memang mengeliurkan anak tekak kan. Senang je cara buatnya kan. Ingatkan susah. Lagi best kalau disertakan dengan teh atau kopi panas. Lebih kaww rasanya. Sambil menonton televisyen lebih damai rasanya. So korang nak tahu lebih lagii mcm mana mana nak buat Jeruk Jambu Asam Boi ini bolehlah tengok video resepi masakan khairulaming.

P.S. Teringat dulu masa kecil admin kat sekolah, abis je sesi persekolahan, keluar sekolah nak naik bas, ada orang jual asam boi dengan biji asam, harga seposen je. Memang syok kenangan terindah masa lalu. Kan?

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *