Resepi Cara Buat Maggi Kimchi | Hai assalamualaikum. Hari ni kami nak kongsikan kepada anda resepi cara buat maggi kimchi. Anda tahu tak kimchi tu apa? Okay mari kami terangkan sikit pasal kimchi ni. Kimchi merupakan makanan tradisional Korea iaitu sayur yang telah diperap dan dijadikan sebagai makanan sampingan orang Korea. Halal atau tak? Kalau kita pergi cari di supermarket, Insya-Allah kita jumpa kimchi yang halal. Jadi mudah la untuk anda buat resepi ni. Resepi ni diambil daripada khairulaming yang menarik dan mudah untuk dibuat. Jadi, apa tunggu lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 3 paket maggi
  • 3 sudu kimchi
  • Air

Cara Masak Maggi Kimchi:

  1. Masukkan air ke dalam kuali panas.
  2. Letakkan 3 paket maggi bersama perencahnya.
  3. Letakkan 3 sudu kimchi (kuantiti ikut kemahuan) dan kacau dengan maggi tadi.
  4. Masukkan sedikit air jika air nampak kering.
  5. Setelah siap masak, hidangkan di dalam mangkuk.

Okay siap pun resepi ni. Sebenarnya mudah saja buat resepi ni. Cara masak resepi ni sama saja macam masak maggi biasa cuma bezanya resepi ni tambah kimchi je. Rasanya sama macam maggi kimchi yang dijual di supermarket. Kalau buat sendiri jimat la sikit kos. Okaylah, selamat mencuba dan menjamu selera.  Kami sediakan video untuk anda mendapat gambaran penuh cara masak maggi ni.

Video Cara Buat Maggi Kimchi:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

 

Share.

Leave A Reply