Resepi Cara Buat Rojak Buah

| January 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Rojak Buah|Assalamualaikum. Resepi kali ini ialah Resepi Cara Buat Rojak Buah. Sebut saja Rojak Buah mesti akan buatkan kita rasa terliur dengan rasa manisnya, pedas, masam dan macam-macam lah rasa istimewanya Rojak Buah ni kan. Jadi, kepada anda yang suka dengan Rojak Buah untuk dijadikan hidangan petang atau malam anda mencicah boleh lah cuba buat Resepi Cara Buat Rojak Buah daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Rojak Buah:

  • 1 cawan kicap manis
  • ½ cawan sos cili
  • 2 sudu cili boh
  • 2 inci belacan
  • Air
  • 2 sudu gula melaka
  • 2 sudu gula
  • 10-20 tangkai cili
  • Kacang tanah
  • Bijan
  • Buah-buahan

Cara-cara Buat Rojak Buah:

  1. Masukkan kicap manis, ½ cawan sos cili, 2 sudu cili boh ke dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan sekali belacan yang telah di bakar, sedikit air. Gaul dan masak kesemuanya.
  3. Masukkan pula gula melaka, gula pasir dan 10 ke 20 tangkai cili. Pedas terpulang kepada anda. Kacau sehingga masak dengan api yang perlahan.
  4. Dah siap potong jenis-jenis buah pilihan anda. Gaul buah dan kuah dengan sekata. Oh ya.. anda nak cicah pun boleh.
  5. Akhir sekali, taburkan kacang tanah dan bijan. Siap untuk di makan.

Wahhh… terliurnya tengok resepi Rojak buah ni kan. Haishhh min rasa nak pergi cari je buah-buahan dekat pasaraya. Kepada anda yang rasa terliur dengan resepi Rojak Buah ni boleh cuba buat ikut cara anda sendiri pun boleh. Kuah tu kalau anda nak pedas boleh lebihkan cilinya, kalau nak rasa rangup, taburkan lebih banyak kacang dalam kuah tu. Apa-apa pun terpulang kepada anda. Anda yang tak tahu step-step untuk buat resepi ni, bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Ok. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *