Resepi Makaroni Goreng

| December 29, 2019 | 0 Comments

Resepi Makaroni Goreng|Assalamualaikum. Hari ni kami kongsikan resepi Makaroni Goreng pula. Bagi anda yang suka makan makaroni bolehlah cuba resepi Makaroni Goreng ni. Resepi Makaroni Goreng yang mudah untuk dibuat dan sedap ni akan buatkan anda rasa lapor. Resepi tak mudah muak sebab resepi kali ni tidak menggunakan cheese. Kami cuba kongsikan kepada anda resepi Makaroni Goreng daripada khairulaming. Jom kita tengok cara penyediaannya.

Bahan-bahan Membuat Makaroni Goreng:

  • 1 cawan makaroni
  • 3 cawan air
  • Minyak
  • Sedikit garam
  • 1 sudu cili boh
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 200g ayam
  • 1 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos kicap manis
  • Sayur campur (frozen)
  • Daun bawang (potong kecik)
  • Bawang goreng

Cara-cara Memasak Makaroni Goreng:

  1. Masukkan 3 cawan air untuk merebus makaroni. Kemudian, masukkan sedikit minyak masak dan sedikit garam. Masak sehingga makaroni menjadi lembut. Angkat dan letak tepi.
  2. Kemudian, tumbukkan 3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali untuk menumis bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan sekali 1 sudu cili boh. Kacau sekata.
  5. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecik.
  6. Setelah itu, masukkan kesemua sos-sos yang telah di sediakan tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan pula sayur campur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sayur. Kacau rata.
  8. Masukkan garam secukup rasa.
  9. Akhir sekali, tuangkan makaroni yang telah di rebus tadi. Gaul sekata semua bahan-bahan tadi.
  10. Tadaaaa! Da siap. Nak lagi sedap taburkan sedikit bawang goreng dengan daun bawang.

Resepi Makaroni Goreng yang sesuai di makan pada bila-bila masa. Mudah dan sedap bagi anda suka kan hidangan pasta. Anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming dibawah.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

 

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *