Resepi Masakan Ayam Masak Lemak Cili Api

| January 7, 2020 | 0 Comments

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api | Assalamualaikum. Hari ni kami kongsikan kepada anda resepi Ayam Masak Lemak Cili Api. Resepi Ayam Masak Lemak Cili api rasanya yang berlemak, pedas dan sedap akan buatkan anda jadi lapar. Resepi ini sangat mudah nak sediakan dan sesuai untuk hidangan anda sekeluarga. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok video masakan dari khairulaming resepi Ayam Masak Lemak Cili Api.

Bahan-bahan Buat Ayam Masak Lemak Cili Api:

  • 10 biji cili api -bilangan cili bergantung kepada anda.
  • 4cm kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai
  • 500g ayam
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • 1 asam keping
  • Sedikit daun kunyit

Cara-cara Memasak Ayam Masak Lemak:

  1. Masukkan 1 cawan air untuk blend 10 biji cili api dan 4cm kunyit hidup
  2. Tuangkan dalam kuali untuk memasak. Nyalakan api yang perlahan
  3. Masukkan 2 batang serai.
  4. Masukkan 500g ayam.
  5. Gula dan garam secukupnya
  6. Kemudian, masukkan 1 kotak kecil santan
  7. 1 keping asam dan sedikit daun kunyit
  8. Kacau sehingga masak
  9. Da siap.. boleh makan dengan nasi putih panas-panas.

Sangat mudah dan sedapkan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ni. Bagi anda yang rasa resepi ni mudah dan sedap, anda boleh cuba buat dan nikmati bersama keluarga. Confirm lebih nikmat rasa hidangan tu. Hi hi hi. Anda boleh tengok video memasak daripada khairulaming yang telah kami sediakan untuk anda di bawah.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *