Resepi Masakan Kuey Teow Tomyam

| January 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Kuey Teow Tomyam|Assalammualaikum kepada peminat Tomyam.  Hari ni min cuba kongsikan kepada anda resepi Kuey Teow Tomyam yang mudah dan sedap. Resepi Kuey Teow Tomyam yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia dengan rasa pedas, masam membuatkan anda terliur habis. Resepi Kuey Teow Tomyam ni sesuai dijadikan hidangan makan tengahari dan malam anda seisi keluarga. Bagi anda nak cuba resepi sedap ni, jom kita tengok resepi masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Kuey Teow Tomyam:

  • 1 liter air
  • Akar daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1-2 sudu pes tomyam
  • Garam
  • Daun limau purut
  • Bunga kubis
  • Lobak merah
  • Udang
  • Lada
  • 1 bungkus kuey teow

Cara Memasak Kuey Teow Tomyam:

  1. Masukkan 1 liter air dalam periuk. Didihkan.
  2. Tambahkan 1 akar daun ketumbar
  3. Masukkan 1 inci lengkuas, 2 batang serai
  4. Kemudian, masukkan 1-2 sudu pes tomyam. Bergantung banyak mana anda nak rasa kesedapan tomyam tu.
  5. Garam secukup rasa. Kacau rata dan didihkan.
  6. Setelah itu, masukkan daun limau purut, bunga kubis, lobak merah. Campurkan sekali semua bahan-bahan tersebut. Kacau lagi.
  7. Masukkan pula udang, kacau sehingga udang masak.
  8. Masukkan cili yang telah di potong kecik.
  9. Akhir sekali, masukkan 1 bungkus kuey teow. Jangan masak lama-lama kuey teow supaya kuey teow tak terlalu kembang.

Hah macam mana kecur air liur kan tengok resepi Kuey Teow Tomyam ni. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara-cara nak buat, anda boleh tengok video memasak yang telah kami sediakan.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *