Resepi Masakan Tauhu Goreng Crispy Enak

| November 25, 2019 | 0 Comments

Resepi Masakan Tauhu Goreng Crispy Enak | Anda teringin nak makan tauhu goreng enak sedap? Kali ini resepi Tauhu Goreng Crispy cukup ringkas dan mudah untuk anda semua cuba di rumah. Tauhu Goreng Crispy cicah sambal kicap memang sedap. Kalau orang Jawa memang dah kecur liur dah ni bila dengar perkataan tauhu goreng. Tempe apatah lagi. Hehe. Tak caya cubalah tengok resepi masakan daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Tauhu Goreng Crispy:

  • 4 biji tauhu
  • 5 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi
  • Garam (secukup rasa)
  • ½ sudu tepung penaik
  • 1/3 cawan air panas
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan air (suam)

Cara-Cara Memasak Tauhu Goreng Crispy:

  1. Tauhu potong 4 setiap satu.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, tepung penaik dan garam secukup rasa dalam satu bekas.
  3. Kemudian, cairkan 1 kiub pati ayam dalam air panas ( campurkan sekali dalam adunan tepung)
  4. Tambahkan 1 cawan air dan kacau sehingga sekata
  5. Selepas itu, masukkan tauhu2 yang telah dipotong tadi. Kacau lagi sekali.
  6. Panaskan minyak masak untuk memasak tauhu
  7. Goreng tauhu sehingga warna keperangan
  8. Tuangkan air tepung sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali semasa proses memasak tauhu. (Kacau sambil goreng supaya adunan melekat pada tauhu)
  9. Tauhu da siap masak , toskan minyak dan siap untuk dihidang. Tauhu Goreng Crispy garing di luar tapi lembut di dalam.

Senangkan nak buat ? Boleh je buat sendiri Resepi Masakan Tauhu Goreng Crispy Enak ni. Takyah susah2 beli tauhu goreng lagi lepas ni. Buat banyak2 boleh bagi jiran sebelah. Hehhehe. Korang yang mana masih tak faham tu boleh la tengok video resepi masakan khairulaming . Memang terliur tengok Tauhu Goreng Crispy ni cicah dengan sambal kicap.

View this post on Instagram

Tauhu Goreng Crispy / Crispy Fried Tofu . Bahan2/Ingredients: 🌕4 biji tauhu (4 pieces hard tofu) Air tepung/slurry: 🌕5 sudu tepung gandum (5 tbsp all purpose flour) 🌕1 sudu tepung ubi kayu (1 tbsp tapioca flour) 🌕Garam (Salt) 🌕1/2 sudu tepung penaik (1/2 tbsp baking powder) 🌕1/3 cawan air panas (1/3 cup hot water) 🌕1 kiub pati ayam (1 chicken stock cube) 🌕1 cawan air (1 cup water) . . Bila tauhu dah sedikit garing, tuangkan air tepung sedikit demi sedikit. Kacau sambil goreng supaya adunan ni melekat kat tauhu. . Once tofu turns brown, pour in slurry in stages. Keep stirring between stages to ensure the slurry sticks to the tofu. . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #tofu #tauhu #vegan #tauhugoreng

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *