Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap

| January 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap |Assalamualaikum. Resepi kita hari ni ialah Nasi Goreng Tomyam yang sangat sedap, pedas, senang dan terliur. Hidangan ni sangat sesuai untuk di nikmati sebagai makan malam atau pagi anda. Anda yang gemar makan nasi goreng boleh cuba buat resepi sedap Nasi Goreng Tomyam daripada khairulaming ni.

Bahan-Bahan Buat Nasi Goreng Tomyam:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3-4 biji cili
  • 1 batang serai yang di ketuk
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 100g ayam (potong dadu)
  • Sedikit fish cake
  • Carrot
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu air
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk nasi putih

Cara-Cara Masak Nasi Goreng Tomyam:

  1. Tumbukkan bawang putih, bawang merah dan cili api. Tumbuk sehingga hancur menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan tadi ke dalam kuali.
  3. Masukkan 1 batang serai yang telah di ketuk, 1 sudu besar pes tomyam
  4. Kemudian, masukkan ayam, sedikit fish cake. Kacau sehingga rata.
  5. Tambahkan pula sedikit sayur carrot, daun limau purut. Kacau rata.
  6. Tambahkan pula 2 sudu kicap manis, 1 sudu air dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur dan masukkan semangkuk nasi putih ke dalam kuali. Gaul kesemuanya sehingga rata dan masak.
  8. Dah siapppp hidang bersama telur mata. Memang terliur.

Wahhhh…. Terliur kan dengan resepi Nasi Goreng Tomyam ni. Korang terliur tak? Ishh min terliur dengan keenakkan resepi Nasi Goreng Tomyam ni. Da lah sedap, senang pula tu. Makan panas-panas dengan telur mata, nikmatnya rasa. Anda yang nak cuba resepi Nasi goreng Tomyam ni boleh cuba tengok video memasak daripada khairulaming yang min sediakan di bawah. Ok. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *