Resepi Pizza Homemade Simple Guna Iron Baju

| November 23, 2019 | 0 Comments

Resepi Pizza Homemade Simple Guna Iron Baju | Teringin nak makan Pizza, tapi kedai pizza semua jauh-jauh. Haa!! Di sini kami nak kongsikan satu resepi yang sangat sesuai untuk orang-orang bujang yang malas nak keluar cari pizza tapi teringin nak makan pizza. Resepi ni bukan untuk orang yang bekerje je tapi sesuai untuk adik-adik yang duduk di asrama. Senang je nak buat, tak perlu susah-susah pergi beli jauh-jauh. Jom la cuba buat resepi pizza homemade simple guna iron baju dari khairulaming ni.

Bahan-Bahan Buat Resepi Pizza Homemade Simple:

  • 2 keping roti (2 slices white bread)
  • 1 batang sosej (1 hot dog)
  • 2 sudu sos pasta (2 tbsp pasta sauce)
  • 2 keping keju (2 slices cheese)
  • Mentega (Butter)
  • Aluminium foil

Cara Buat Resepi Pizza Homemade Simple:

  1. Rebus sosej (guna water heater).
  2. Sapu sos pasta diatas roti.
  3. Susun hotdog yang dipotong.
  4. Letak 2 keping keju.
  5. lapik sekeping roti sebagai penutup.
  6. Sapu mentega kedua permukaan luar roti.
  7. Kemudian balut roti dengan aluminium foil (balut rapat).
  8. Buka sterika pada suhu sederhana panas.
  9. Sterika aluminium foil tersebut selama 2 minit pada setiap sisi sampai garing.

Haa! Mudahkan buat resepi pizza bujang simple guna iron baju ni. Sambil-sambil iron baju tu korang iron sekali dengan pizza korang tu. Siap ja terus ngap untuk sarapan pagi. Mudah ja, bahan-bahan pun senang dapat. Kami sediakan video untuk rujukan korang di bawah. Jangan lupa hati-hati guna sterika ya. Selamat mencuba 🤗.

Video Cara Buat Resepi Pizza Homemade Simple Guna Iron Baju

 

View this post on Instagram

 

Pizza Bujang menggunakan Iron Baju 🧀🍞 . . Bahan2/Ingredients: 🌕2 keping roti (2 slices white bread) 🌕1 batang sosej (1 hot dog) 🌕2 sudu sos pasta (2 tbsp pasta sauce) 🌕2 keping keju (2 slices cheese) 🌕Mentega (Butter) 🌕Aluminium foil . . Note: Gunakan medium heat untuk sterika. Gosok ke atas aluminium foil selama 2 minit untuk setiap sisi. Kalau belum garing, teruskan menggosok. Gunakan sterika dengan berhati-hati. . . Use medium heat for ironing. Place the iron on aluminium foil for 2 minutes on each side. Keep cooking until the bread turns golden brown. Please use the iron with caution. . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #grilledcheese #cheese #iron #pizza

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *