Resepi Puding Jagung Mudah Buat

| January 5, 2020 | 0 Comments

Resepi Puding Jagung Mudah Buat | Hai assalamualaikum semua, hari ni kami nak kongsikan resepi puding jagung yang mudah untuk dibuat. Rasanya manis dan memang sedaplah. Resepi ni dipetik daripada khairulaming yang memang mudah dan sangat sedap. Jadi apa tunggu lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan jagung tin
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air

Cara-Cara Buat Puding Jagung:

  1. Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam mangkuk.
  2. Tambah 1 cawan jagung tin dan ½ cawan gula.
  3. Tuangkan 1 cawan susu cair dan 2 cawan air.
  4. Kacau kesemua bahan tadi hingga sebati.
  5. Kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam periuk dengan api yang perlahan.
  6. Masak hingga pekat.
  7. Setelah masak, biarkan sejuk beberapa minit.
  8. Kemudian tuang adunan puding ke dalam acuan getah cupcake.
  9. Letakkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  10. Setelah siap, tuangkan susu cair di atasnya.

Okay siap pun resepi ni. Mudah sangat untuk dibuat dan bahan pun senang dicari. Ibu-ibu di rumah jomlah cuba buat resepi ni. Anak-anak pasti suka. Selamat mencuba. Kami sediakan video dibawah untuk tontonan korang.

Video Cara Buat Resepi Puding Jagung:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *