Resepi Puding Roti Kastard Mudah Buat

| December 8, 2019 | 0 Comments

Resepi Puding Roti Kastard Mudah Buat | Hai, Assalamualaikum semua. Kepada yang suka sangat makan makanan yang rasa dia lemak-lemak manis boleh la cuba buat resepi puding roti kastard yang mudah untuk dibuat ni. Manisan ni sampai boleh bawa ke mimpi tau. Resepi daripada khairulaming yang pasti sedap lah. Jom tengok bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu mentega
  • 8 keping roti
  • Sedikit kismis
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastard

Cara Buat Resepi Puding Roti Kastard:

Puding roti:

  1. Untuk adunan roti, masukkan 2 cawan susu segar ke dalam kuali.
  2. Tambah 2 biji telur dan 4 sudu gula.
  3. Kemudian masukkan 2 sudu mentega.
  4. Kacau semuanya.
  5. Carikkan 8 keping roti dan letakkan dalam loyang.
  6. Tuangkan adunan tadi ke atas roti yang sudah dicarik.
  7. Taburkan kismis.
  8. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 45 minit

Sos kastard:

  1. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam kuali panas.
  2. Tuangkan ½ cawan air, 2 sudu gula dan 2 sudu tepung kastard.
  3. Kacau semuanya hingga pekat.
  4. Untuk hidangan, tuang sos kastard ke atas puding roti tadi.

Ahaa siap pun pudding roti ni. Korang kalau dah tahu resepi ni mudah dibuat jangan la selalu sangat masak resepi ni. Ingat jaga kesihatan ya. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami dah sediakan video untuk korang tengok cara membuatnya.

Video Cara Buat Resepi Puding Roti Kastard:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *