Resepi Taufu Fa Cara Instant

| December 10, 2019 | 0 Comments

Resepi Taufu Fa Cara Instant | Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi Taufu Fa cara instant yang sangat mudah. Buat sesiapa yang susah sangat nak cari tempat yang ada menjual Taufu Fa ni, boleh la cuba buat sendiri di rumah. Insya-Allah mudah saja nak buat. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.


Bahan-bahan:

  • 3 cawan air (3 cups water)
  • 1 blok gula melaka (1 block palm sugar)
  • 2 helai daun pandan (2 pandan leaves)
  • 1 liter susu soya (1 liter soy milk)
  • 5g serbuk agar-agar (5g jelly powder)

Cara-cara Buat :

  1. Untuk sirap gula melaka, masak 3 cawan air ke dalam kuali.
  2. Letakkan 1 blok gula melaka.
  3. Letakkan 2 helai daun pandan yang telah diikat.
  4. Kacau hingga cair dan kemudian biarkan sejuk.
  5. Untuk isi tau fu fa, masak 1 liter susu soya dalam kuali.
  6. Masukkan 5g serbuk agar-agar dan kacau. (jangan lebih!!)
  7. Setelah mendidih, tutup api dan buang buih-buih yang di permukaannya.
  8. Untuk hidangan, cedok Tau Fu Fa dan letakkan ke dalam mangkuk.
  9. Kemudian, tuangkan sirap gula melaka di atasnya.

Siap sudah resepi Taufu Fa ni. Resepi ni okayla untuk korang yang teringin sangat nak makan kan. Encik suami pun tak perlu dah bimbang kalau-kalau cik puan dah mengidam nak makan taufu fa ni. Buat ja sendiri di rumah. Mudah sangat. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami ada sediakan video untuk rujukan korang.

Video Cara Buat Resepi Taufu Fa Instant.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“>

Kredit: Instagram  khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *