3 Tempat Makan Tengahari Best di Putrajaya| Anda mencari tempat makan tengahari best di sekitar Putrajaya? Untuk pengetahuan anda Putrajaya merupakan lokasi yang sangat menarik dan seronok kerana di sini memang banyak restoren ataupun gerai-gerai makan yang menghidangkan pelbagai menu masakan yang sedap-sedap.
Kepada anda yang berada di Putrajaya anda patut cuba merasai pengalaman menikmati hidangan masakan di 3 tempat makan tengahari best di Putrajaya. Sekadar info, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui lebih lagi mengenai menu hidangan, lokasi pilihan, harga hidangan restoren yang menjadi pilihan pelanggan. Jom kita lihat!
1. Restoren Thai Tomyam Kung Ayer@8
Restoren Thai Tomyam yang menjadi kesukaan ramai. Kami tahu orang melayu kita ni memang suka dengan masakan Tomyam ni. Dek, kerana rasanya yang pedas, masam, sedap, lemak memang padu.
Untuk pengetahuan anda, restoren Thai Tomyam Kung Ayer menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan hidangan tomyam mereka yang rasanya asli ‘thai’ memang kaw habis. Tambahan lagi, kita makan tomyam bersama dengan hidangan telur dadar, nasi putih, sayur kangkung. Sangat lah favourite. Rugi kalau tak cuba.
Harga yang ditawarkan juga sangat lah best dan berbaloi. Jadi anda patut datang dan lihat gambar-gambar di bawah ini.
Terliur kan tengok gambar gambar masakan Tomyam mereka? Jadi apa tunggu lagi. Jom kita sama sama kenyangkan perut dengan makan masakan Thai Tomyam yang betul betul asli rasa thai tomyamnya. Hi hi hi.
Anda berminat, boleh pergi ke alamat: Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebarang pertanyaan hubungi: 03-8861 5876
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thai.tomyamkung/
2. Restoren Nasi Lan Kedah Putrajaya
Kepada yang suka nasi kandar, bila anda berada di sekitar Putrajaya, anda wajib cuba nasi kandar di restoren Nasi Lan Kedah. Mereka menghidangkan menu masakan nasi kandar yang menjadi pilihan ramai.
Hidangan nasi kandar bersama sambal sotong, ayam goreng, telur, ikan goreng adalah menu utama yang disajikan disini. Ramai datang ke sini untuk menikmati nasi kandar meraka. Jadi, anda yang suka makan nasi kandar, anda tak perlu pergi jauh jauh ke Penang, di Putrajaya pun sudah ada restoren nasi kandar yang sedap sebegini. Memang takkan rugi la kalau makan di sini !
Puas da anda tengok gambar gambar nasi kandar mereka? Anda patut cuba makan nasi kandar mereka. Datang bersama keluarga atau kawan kawan lebih seronok untuk makan.
Anda nak cuba nasi kandar mereka, anda boleh pergi ke alamat : Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 013-240 5990
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Nasi-Lan-Kedah-Putrajaya/328254600997360
3. Restoren ZF Ore Kampung
Kepada anda yang asal dari Pantai Timur, rindu masakan kampung anda boleh datang ke ZF Ore kampung. Hidangan masakan pantai timur mereka ini, pasti akan membantu hilangkan rasa rindu anda kepada kampung halaman. Hi hi hi.
Restoren ZF Ore kampung ini, menyajikan masakan orang pantai timur seperti nasi kerabu dan laksam mereka antara menu yang terlaris disini. Selain itu, ada juga lauk pauk lain yang boleh anda cuba. Semua masakan mereka sedap sedap dan memang kena dengan selera tekak! Keaslian masakan mereka memang menjadi pujian dan kesukaan ramai!
Jadi apa tunggu lagi. Jom kita cuba makan tengh hari disini. Memang syok.
Anda boleh dapat kan di: No.14, 1, Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/retorekampung/
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Putrajaya ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.