Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Lemah Di Kawasan Berlumpur | Seorang pemancing terkejut selepas terserempak dengan seorang lelaki yang tidak tahu identitinya yang terperangkap di dalam lumpur tebal di kawasan paya bakau berhampiran Kampung Injin Gergaji, Chukai, semalam.

Kejadian yang tidak dijangka berlaku seperti ini dikatakan berlaku pada awal pagi kira-kira padam jam 9.46 pagi, semalam.

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Lemah Di Kawasan Berlumpur

Kemaman: Walau bagaimanapun, mangsa yang dikatakan masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira pada pukul 9.46 pagi dalam keadaan kelaparan.

Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan ditemui oleh pasukan bomba dalam keadaan tidak bermaya dan hanya berseluar dalam dengan seluruh anggota badannya di penuhi dengan lumpur.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pasukan mereka telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat daripada pemancing berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu berada dalam keadaan yang sangat lemah dan seluruh badannya telah dipenuhi dengan lumpur.

“Dia ditemui di kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan tali dan pengusung,” katanya ketika dihubungi Kosmo, di sini hari ini.

Azman berkata, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply