Ramai Melepak Bila Restoran Buka Sampai Pagi | Apabila jam menghampiri waktu tengah malam, banyak premis perniagaan yang sudah mula menamatkan waktu operasi mereka. Itu membuatkan keadaan sekitar mulai menjadi sunyi. Namun berbeza pula di satu lokasi ini yang kelihatan begitu meriah sekali.
Di lokasi itu terdapat banyak kereta yang parking di kawasan parking dan orang ramai berkerumun dengan suasana yang begitu riuh. Mereka ini dilihat cuai dan tidak mempedulikan waktu yang sudah menghampori tengah malam. Didapati terdapat kira-kira 50 orang awam terutama daro kalangan belia sedang menikmati hidangan di sebuah restoran mamak.
Satu kumpulan bermain permainan dalam talian, sementara satu lagi kumpulan sedang menikmati shisya dan vape. Tawa dan perbualan mereka berlaga dengan bunyian bising dari dapur sambil pelayan sibuk mengambil pesanan. Mereka memenuhi meja tanpa penjarakan antara satu sama lain dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Seorang kakitangan di sebuah restoran di daerah itu yang tidak mahu disebutkan namanya berkata bahawa keadaan orang ramai seperti itu sudah biasa dilihat setiap malam sejak Ramadan bermula. Mereka akan datang sebelum lewat malam dan melepak di situ sehingga ke pagi. Kadang-kadang mereka menggabungkan meja. Jumlah mereka akan berkurang pada pukul 2 pagi ketika kami nak tutup restoran.
Seorang pekerja restoran yang juga tidak mahu disebutkan nama berkata mereka berusaha untuk tidak mengganggu pelanggan mereka walaupun terdapat pelanggaran SOP yang jelas. Dia menambah bahawa semua tingkah laku pengunjung dapat dilihat di CCTV.
Mohd Yusof Abdul Rahman, timbalan presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia, berkata bahawa ini adalah keadaan yang berlaku di beberapa restoran mamak dan restoran lain di negeri-negeri yang berada dalam keadaan status PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP). Restoran-restoran itu diberi lampu hijau pada 12 April untuk terus dibuka sehingga 6 pagi pada bulan Ramadan.
Sumber: Malaysia Now