Pemandu Maut Dihempap Jengkaut Pada Hari Pertama Kerja | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini sedang dilanda wabak Covid-19 dan rakyat masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, dari hari ke hari terdapat banyak kemalangan ngeri yang berlaku sehingga melibatkan nyawa seseorang.

Pemandu Maut Dihempap Jengkaut Pada Hari Pertama Kerja

Alor Gajah: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang itu, mangsa Muhamad Sabirin Umar, 29, sedang menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di kampung itu untuk dijadikan kawasan pertanian sebelum jentera berat itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik sekaligus  menghempap mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, berdasarkan keterangan bapa saudaranya, semasa kejadian, mangsa baru hari pertama bekerja sebagai pemandu jengkaut selepas lama tidak bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tertiarap selain kepalanya tersepit pada bahagian bumbung kenderaan berat itu.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah yang tiba di lokasi kejadian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian.

“Bagaimanapun pasukan perubatan Klinik Kesihatan Simpang Ampat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada kepala,” katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply