TULAR beberapa rakaman video pendek memaparkan aksi selamba seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di media sosial, hari ini.

Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi ia mula tular sejak tiga jam lepas dan lokasi dipercayai berlaku di kawasan daerah Johor Bahru Selatan.

Kejadian terbabit tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh beberapa pemandu kenderaan yang turut berada di lokasi kejadian.

Malah, dalam klip video itu dapat dilihat lelaki tersebut menunggang motosikal di bawah terik panas matahari tanpa memakai sebarang pakaian dan tidak bertopi keledar.

Malah, hasil tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkejut akan tindakan bahaya lelaki tersebut.

Dalam pada itu, pihak UtusanTV masih berusaha mendapatkan komen daripada pihak berkuasa mengenai kejadian itu.

Sumber : UtusanTV

Share.

Leave A Reply