Resepi Grilled Cheese Menggunakan Sterika| Assalamualaikum. Hari ni nak kongsikan resepi yang sesuai untuk orang bujang di luar sana yang teringin nak makan Grilled Cheese. Hi hi hi. Resepi kali ni lain macam sikit, sebabnya resepi Grilled Cheese Menggunakan Sterika. Resepi Grilled Cheese Menggunakan Sterika ni sangat lah ringkas dan mudah nak buatnya. Perlukan empat jenis bahan sahaja dah boleh siap. Jadi, jom kita tengok cara masakan yang dikongsikan oleh khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Grilled Cheese Menggunakan Sterika:

  • 2 keping roti
  • 2 keping keju
  • Mentega
  • Aluminium foil

Cara-cara Buat Grilled Cheese Menggunakan Sterika:

  1. Letakkan 2 keping keju di atas permukaan roti
  2. Kemudian, tutup sekeping roti di atas keju tadi.
  3. Sapukan sedikit mentega di atas kedua-dua belah permukaan roti
  4. Letakkan roti di atas aluminium foil.
  5. Lipat dengan kemas aluminium foil.
  6. Kemudian, gosokan dengan sterika baju dengan suhu yang medium sahaja. Gosok dengan hati-hati ya gais!
  7. Gosokkan selama 2 minit di setiap permukaan.
  8. Da garing, boleh buka balutan dan siap untuk di makan.

Wahhhh.. Sungguh hebat kan ? Guna sterika baju sahaja nak buat Resepi Grilled Cheese ni dah meleleh keluar cheese tu. Sangat mudah dan menyelerakan resepi Grilled Cheese Menggunakan Sterika ni. Tapi, walaupun nampak mudah dan menyelerakan, pastikan anda menggunakan sterika dengan berhati-hati yaa. Kepada anda yang cuba buat resepi ni, bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming di bawah.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply