Kecelaruan Negara. Ini Titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Buat Rakyat Pahang. |Berikutan isu politik yang melanda negara beberapa hari ini, ahli parlimen dipanggil mengadap ke istana negara. Rakyat tenang menunggu apakah keputusan bakal ditentukan oleh YDP Agong. Ini titah Pemangku Raja Pahang. Baca selanjutnya
Mohon Doa dan Solat Hajat
Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Hassanal Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dalam posting Instagram terbarunya memohon rakyat Pahang berdoa dan mengadakan solat hajat untuk Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan dan kebijaksanaan oleh Allah.
Berikut adalah kenyataan penuh dari Tengku Hassanal Shah
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
Kepada Seluruh Rakyat Pahang Darul Makmur.
Munajat Doa & Solat Hajat
Semperna kelebihan di bulan Rejab ini, iaitu bulan yang di sabdakan oleh Nabi (saw) “adalah bulan Allah (swt)” Bulan yang didalamnya penuh dengan Rahmat Kasih Sayang dan Keampunan dari Robbul Jalil.
Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari.. Hari yang harap dimakbulkan oleh Allah (swt) dari doa sekalian hamba-hambaNya.
Dengan ini memohon sekelian ummat islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan keatas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan sekalian Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan dan kebijaksanaan daripada Allah (swt) untuk membuat keputusan yang terbaik demi Agama & Rakyat di Tanah Air yang kita cintai… Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah (swt) dengan Rahmat dan kasih SayangNya.. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin. 🤲🏼
Sumber: Instagram Tengku Hassanal Via SiakapKeli