Jumpa Bayi Baru Lahir Di Bawah Kolong Rumah. | LAHAD DATU – Suara tangisan bayi dan salakan anjing yang didengar oleh seorang wanita berjaya menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang ditemui di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Dasar Baru pada malam Selasa. Bayi yang masih mempunyai uri dipercayai baharu sahaja beberapa jam dilahirkan sebelum ditemui pada jam 7.30 malam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, pemilik rumah iaitu seorang wanita tempatan berusia 27 tahun menyatakan terdengar suara bayi dan anjing menyalak dari arah bawah kolong rumahnya. “Wanita itu bersama suami dan abangnya bertindak memeriksa bawah…
Author: Admin Soleh
Wanita Ini Pelik Ada Garisan Hitam Di Kuku, Rupa-rupanya Dia Ada Penyakit Bawa Maut!.|Kerana malu selama tiga tahun melihat garis hitam kecil di kuku, Alana Severs membuat keputusan untuk menggunakan pengilat kuku berwarna merah bagi menutupinya. Dia megambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar dan hasil biopsi menunjukkan dia menghidap kanser melanoma iaitu sejenis barah kulit. Pakar bedah di Queen Alexandra Hospital, Portsmouth di England berjaya mengeluarkan tisu barah bersaiz lima milimeter dan kini dia tidak mempunyai kuku. Walaupun tiada kuku, Alana bersyukur kerana tindakannya membuat rawatan awal berhasil apabila kanser tersebut tidak merebak jauh. Alana, berasal dari Portsmouth, Hampshire, berkata…
Lelaki Ini Kibar Bendera Putih Demi Isteri Dan Anak. | Johor Bahru: “Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini. Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun. Menurutnya, dia…
3 Beradik Dan Seorang Sepupu Kena Renjatan Elektrik Ketika PdPR. | HULU TERENGGANU: Tiga beradik bersama seorang sepupu yang tekun mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terkena renjatan kilat di Kampung Kuala Por di sini petang semalam. Mangsa ialah Nur Anis Nabihah Mohd. Zammil, 17; Adam Rifqi, 10; dan Muhammad Zafran Rayqal, 7, di samping Nur Salwana Najihah Abdullah, 16. Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut membabitkan ibu kepada tiga beradik berkenaan, Suhasniza Sahaimi, 39. Suhasniza berkata, dia yang ketika itu memasak di dapur di bahagian luar rumah tiba-tiba mengalami kekejangan hingga…
12 Lelaki Dikompaun Kerana Mandi Pantai Dan Main Sepak Takraw. | Manjung: Dua belas lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai dan bermain sepak takraw ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di lokasi berasingan, di sini, semalam. Difahamkan, sekumpulan lelaki datang melepak dan mandi-manda di laut pada hujung minggu. Manakala, sekumpulan lagi individu di lokasi berbeza didapati bermain sepak takraw, namun beberapa individu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, 10 lelaki berusia 13 hingga 30 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai…
Seorang Pengusaha Restoran Ditemui Mati Gantung Diri. | KEMAMAN – Seorang pengusaha restoran ditemui mati di dalam premis perniagaan miliknya di Kijal di sini semalam. Mayat lelaki berusia 57 tahun berkenaan dijumpai adiknya dalam keadaan menggantung diri pada pukul 12.30 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, adik mangsa kemudiannya telah memaklumkan penemuan mayat abangnya kepada pihak polis. “Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah lokasi mayat lelaki itu tergantung. “Siasatan awal menolak sebarang unsur jenayah dan perbuatan si mati dipercayai bermotifkan akibat terlalu tertekan akibat masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Hanyan berkata, mayat…
Wanita Ini Sebabkan Kemalangan Terburuk Berlaku.| PARIS: Seorang peminat lumba basikal wanita berdepan hukuman penjara hingga setahun selepas menyebabkan kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France yang mana dia kemudian melarikan diri. Pendakwa raya di wilayah Brittany, hari ini, melancarkan siasatan jenayah selepas suspek wanita – yang belum dikenal pasti dan yang sedang melarikan diri – dirakam menyebabkan kemalangan, semalam. Dia tersenyum sambil memegang kadbod di depan kumpulan pelumba dari Brest ke Landeneau pada peringkat pertama perlumbaan terkenal dunia itu. Wanita yang dikatakan berasal dari Jerman itu sedang memandang ke arah kamera televisyen di atas motosikal dengan membelakangi kumpulan pelumba…
Tular Video Pikul Keranda Sejauh 1KM. Buat Ramai TERHARU. | SEREMBAN: Sebuah rakaman video yang memaparkan empat orang kakitangan Kementerian Kesihatan dilengkapi pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang memikul keranda mayat Orang Asli yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 tular sejak dua hari lalu. Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng dekat sini kira-kira pukul 1 petang, kelmarin. Menurut pemilik akaun Facebook ‘Aliff Dal Ro Ya’ atau nama sebenarnya Mohd. Adree Zazalee, 37, dia yang juga merupakan seorang petugas Kementerian Kesihatan, memuat naik video berkenaan bagi memberi mesej kepada orang ramai mengenai bahaya Covid-19. Ia juga menurutnya bagi…
Tular Surat Mohon Rentas Negeri Tangkap Isteri Curang. | PETALING JAYA – Tujuan seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin balai polis berdekatan untuk menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain tular di laman Twitter sejak semalam. Menerusi satu hantaran di akaun Twitter @AimanAfiq_s memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut. Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter. “Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan…
Seorang Lelaki Cabut Atap Rumah Selepas Sah Bercerai. | Jakarta: Seorang lelaki bertindak mencabut atap rumah bekas isterinya sebagai persetujuan pembahagian harta sepencarian selepas disahkan bercerai. Kompas melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Carangrejo, Ponorogo, Jawa Timur apabila isteri bernama Anjar yang menjadi tenaga buruh asing di Hong Kong tiba-tiba meminta cerai dari suaminya, Agus selepas enam bulan di negara orang. Sebaik sahaja disahkan bercerai, mereka berdua menemui kata sepakat mengenai cara hendak membahagikan harta sepencarian sepanjang berkahwin selama 10 tahun. “Mereka bersetuju untuk Agus hanya mengambil kayu yang menjadi atap rumah mereka kerana itu adalah milik orang tuanya. “Kerja mencabut…