Seorang Lelaki Disaman Oleh Anaknya Sendiri Berjumlah RM800k. | Bandung: Seorang wanita di daerah Cinambo, di sini, sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung. Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disaman anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam. Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah. Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan. Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti…
Author: Admin Soleh
Pembantu Perubatan Maut Terjun Bangunan Hospital. | Ipoh: Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam. Difahamkan, lelaki berasal dari Chemor itu menderita masalah kesihatan. Dia dilapor meninggalkan nota yang mengatakan tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang. Menurutnya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah…
Seorang Siak Masjid Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang. Alfatihah. | Dungun: Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, di sini, hari ini. Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid. “Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati…
16 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini. | Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 kluster baharu Covid-19, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 daripadanya membabitkan kluster tempat kerja, manakala lima kluster komuniti. “Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz di Seksyen 19, Petaling Jaya, mengesan 56 individu positif Covid-19 dan Kluster Bestari Rantau di Taman Bestari, Rantau Panjang, Klang sudah menjangkiti 16 orang. “Kedua-dua kluster ini dikesan hasil saringan bersasar di tapak binaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Sejahtera membabitkan daerah Titiwangsa dikesan hasil…
Covid-19. Ahli Keluarga Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen. | Menyayat Hati, Foto-foto Ahli Keluarga Pesakit COVID-19 Dilapor Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen Untuk Orang Tersayang Demi insan tersayang, ahli keluarga dan saudara mara pesakit COVID-19 di Brazil dilaporkan beratur selama berjam-jam untuk mengisi tangki oksigen, lapor Daily Mail. Negara itu kini sedang bergelut dengan kes varian COVID-19 baharu dan doktor di hospital di Manaus terpaksa untuk memilih pesakit mana yang perlu mendapatkan oksigen terlebih dahulu. Dari subuh sehingga senja, ahli keluarga beratur di luar loji oksigen Carboxi semasa hujan lebat pada Selasa. Mereka hadir dengan tangki hijau berat…
Imam Abdul Karim Omar Kongsi Keperitan COVID-19. Allahu. | Virus Covid-19 kini makin mengganas kerana setiap hari kita akan dikejutkan dengan kes baharu dengan tiga angka. Baru-baru ini juga, ramai dikalangan ahli politik dan Menteri Kabinet dijangkiti Covid-19 ini. Imam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki juga disahkan positif Covid-19 ini. Di bawah merupakan perkongsian daripada beliau tentang keperitan dijangkiti Covid-19. “Kali pertama saya berada di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh, saya sudah nampak katil putih di depan saya. “Kemungkinan inilah hari terakhir saya di alam dunia ini..” Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz…
KKM Dedah Punca Doktor Ali Meninggal Dunia. Alfatihah. | Semalam Kita dikejutkan dengan pemergian seorang Doktor yang bertugas melawan Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan punca Doktor berkenaan meninggal dunia bukan sebab penat tetapi disebabkan pendarahan di dalam otak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu. “Beliau dikesan mempunyai penyakit lain…
Menteri Perpaduan Negara Disahkan Positif Covid-19. | Makin hari ramai Ahli Parlimen dan menteri disahkan positif Covid-19. Yang terbaru, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique diuji positif Covid-19 pada Selasa. Menerusi satu kenyataan, beliau membuat saringan pada Isnin sebelum disahkan positif pada hari ini. “Datuk Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin sebagaimana yang telah diarahkan. “Beliau akan dipantau serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” ujar kenyataan itu.…
Imam Masjid Negeri Selangor Positif Covid-19. | Shah Alam: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan. Katanya,…
Lelaki Curi Kereta Patah Balik Pada Owner Sebab Ada Sesuatu Dalam Kereta. | Seorang wanita di Oregon bernasib baik apabila anaknya yang ‘dilarikan’ bersama kereta yang dicuri dipulangkan semula ke pangkuannya. Malah, menurut Fox32, suspek yang mencuri kenderaan itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana meninggalkan si anak di dalam kereta bersendirian. Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari situ selepas menghantar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 9 pagi Sabtu di luar sebuah pasaraya di Beaverton ketika si ibu pergi membeli barang keperluan, lapor portal berkenaan. Wanita itu dikatakan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang masih hidup…